Friday, June 14, 2019

Syawal.


Tersenyum baca previous post bila baca takde mood pun nak raya. Tahun ni raya betiga di rumah. Tahun ni giliran sebelah suami tapi hari raya pertama dan kedua tak dapat balik sebab suami marking paper dan kejar tarikh submit laporan. Maka, seorang isteri mesti lah faham dengan keadaan suami, hehe.

Tahun ni rindu rendang ayam dan ayam masak hitam yang mak buat. Sehari sebelum dah gigih cari bahan-bahan. Yang penting bahan cukup, baru la lega nak masak-masak. Walaupun beraya di rumah je at least ada juadah di waktu pagi. Sebab jumpa or makan rendang ni macam masa raya je kan. When suami said sedap, pun dah senyum lebar :)

Kisah baju raya pula, tahun ni cuba cari set sama warna dengan baby. Perasaan mak-mak camni kot, nak matching2 heeee. Tema tahun ni, Maroon!

Syawal sebulan, tak sabar nak balik rumah mentua minggu depan ni :)



monolog dalaman : "eh tetiba ada mood raya.." heee

No comments: