Monday, June 17, 2019

Mati.


Tahun ni, selalu sangat teringat mati,
tak kira masa, masa drive, masa tengah buat kerja,
masa tengah memasak, I don't know why,
mungkin Allah nak buka hati ni
untuk always ingatkan diri
yang hidup di dunia ni hanya sementara,
hati always meronta-ronta,
kenapa always saya, kenapa semua yang berlaku
ni jadi kat diri saya, kerja always tangguh,
kadang-kadang badan letih, tangguh sana-sini,
dah ingat, cepat-cepat cuba siapkan,
takpun buat apa yang mampu.
Menangis.

Then realise, apa-apa yang di dunia ni sementara,
kerja seharian kita buat adalah ibadah,
ter-mengeluh, merungut, abaikan je if boleh,
untuk jadi yang terbaik, cuba meringankan beban kerja
orang lain, supaya kerja kita juga dipermudahkan,
avoid rasa benci, cemburu, sakit hati dengan
orang-orang sekeliling sebab kita jumpa dia sekejap
je masa hidup ni. Yang penting, kita layan dia dengan baik
dan apa yang termampu. Then, hargai masa yang ada,
bila saya dah bertambah usia ni berkomunikasi
dengan orang sekeliling sangat la penting. Jadi pendengar setia,
dan beri pendapat yang baik dah cukup boleh legakan orang lain.
Lebihkan masa untuk berfikir perkara-perkara yang baik,
lakukan perkara yang baik, bersedekah, bantu yang memerlukan.
Mati, bila fikir semula, saya tak mampu lagi nak hadapi,
masih serba kekurangan. Moga dapat jadi hamba Allah yang baik
dan orang-orang sekeliling yang wujud dalam hidup saya.

dan moga-moga,
bila kita pergi nanti,
tidak menyusahkan
orang lain.
bukan yang dibenci
oleh orang lain.

-

dan
moga-moga menjadi
orang yang disayangi-Nya
di akhirat kelak.

-

crying.

-

No comments: