Monday, March 18, 2019

Picky eater?


Pelik tapi benar :)
masa mengandung baby Keisha,
langsung tak suka warna biru,
apa apa la yang ada kaitan dengan biru,
kebetulan masa raya dah beli dah baju kurung,
tepuk dahi, sebab warna biru, terus tukar. ahaa.

rasa nak muntah. facebook pun tak suka, sebab biru.
selain tu, timun, kubis, mee goreng basah, nasi goreng,
semua tak dapat nak telan, encik M dah bising dah sebab tak habiskan.
habis dah fasa mengandung, semua di atas ni
slowly boleh terima, even dah setahun macam trauma je tengok makanan,
try sket sket memang dah boleh terima, malah bertambah-tambah je makan,
pelik betul hormon mengandung, salahkan hormon ey, tak boleh salahkan baby.

tapi in real life, memang memilih pun bab makan,
tak makan kambing, ikan pari, kepala ikan bilis, kepala sotong,
kepala ikan, kulit ikan, apa lagi eh yang saya tak makan? ehehe.
so, hari tu keluar makan dengan family, encik M dah tak larat nak bebel isteri dia,
tapiiiiiiiiiii, dia bebel dekat baby Keisha. Terdengar la juga kat hujung hujung telinga,

"Keisha, dah besar nanti jangan jadi macam mummy tau. Keisha mesti makan apa yang ada."

ahaa, Keisha dengar tak tu. Kalau tak dengar, baca blog mummy one day nanti. eh :p

rasanya saya terikut-ikut sket my mum, dia tak suka hot dog, fish cake, ikan pari, fishball.
yang fishball ni baru tau why my mum tak suka, sebab masa dia muda-muda dulu,
dia ternampak jiran dia buat fishball, base fishball tu ikan yu. ikan tu besar sangat and maybe rupa yu tu pun dah menakutkan, sejak tu la my mum tak suka langsung fishball. Masa mak cerita tu, encik M pun ada situ, apa lagi semua ketawa ahaa :D So I shud create a story why I dislike certain food la kot. Munasabah la sket, nanti la create supaya encik M tak geleng2 kepala kekeke.


the end :p



No comments: