Sunday, March 17, 2019

Parents.


My mum dah hampir 2 bulan tinggal disini. Sangat happy sebab boleh tengok dan jaga ibu depan mata. Alhamdulillah ibu sihat. Cuma yang risau dengan ibu, ibu mudah lupa dengan perkara-perkara yang simple/baru je berlaku. Perasan condition ibu since last year. Mula-mula sedar when pergi klinik bawa my baby then bila selesai semua, ibu tanya semula, kenapa pergi klinik? Masa tu ayah pun sedar dan (hati siapa yang tak sedih, kan?) Jadi, selama ibu di sini selalu ingatkan dia apa-apa yang perlu, kadang-kadang thru whatsapp dan selalunya nota. Dan ayah alhamdulillah semakin sihat. Dan insyaAllah minggu depan ayah pula stay with us. Tenang je hati when both of them depan mata. Orang-orang yang membesarkan saya since kecil, bagi cukup didikan, bagi cukup kasih sayang. 




Buat apa yang mampu masa ni, jaga mereka dan hargai setiap masa yang ada. One day nanti, saya/kita pun akan jadi tua seperti mereka.






No comments: