Sunday, March 17, 2019

Fatimah.


Semalam tiba-tiba teringat seorang makcik ni, namanya Fatimah. Kawan ibu, jiran satu lorong di tempat tinggal lama. Kenal makcik ni since kecil. Disebabkan makcik Fatimah dan ibu sangat rapat, anaknya pun sama, anggap makcik ni kawan rapat juga.

Entah. rindu tiba-tiba, dan tanpa sedar air mata menitis.

Disebabkan since tahun 2008 dah mula belajar di kolej. Sangat la jarang berjumpa dengan makcik Fatimah ni kecuali balik beraya atau curi masa yang ada. My mum always remind me, kalau balik ke rumah jangan lupa jenguk2 orang tua, keluarga, jiran atau siapa siapa yang kita kenal. 

Tapi around 2013-2014, dapat khabar dari my mum, makcik Fatimah dah kembali ke rahmatullah. Masa tu pula kerja agak jauh. Mustahil tak menangis masa tu. Mungkin sebab rapat dan makcik Fatimah always beri nasihat. Remember when dia cakap, moga saya dimurahkan rezeki (anak).

Dan semalam tenung my baby lama-lama, dan rindu sangat dengan makcik Fatimah. Hati dia sangat baik. Moga arwah makcik Fatimah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di akhirat kelak. 







P/s : Innalillahiwainnailihirojiun, turut bersimpati dan takziah kepada keluarga saudara Islam kita yang meninggal semasa solat Jumaat di New Zealand. Pemergian mereka amat dicemburui.

"Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki," (3: 169)










No comments: