Tuesday, January 29, 2019

Bed24.



Ayah admit di IJN Kuching pada 17hb. Then ayah di transfer ke MMW di SGH. Mula-mula ayah takde selera makan, vomit then pucat je muka. When di IJN, ada UTI & sedikit infection. Bila di wad, adek jaga and selang beberapa malam ayah kena heart attack. Thanks to all family&sahabat2 ayah yg always mmbantu. Sekarang dah 13 hari ayah di wad. Demam x ada dah, boleh bergerak, boleh tidur and tunggu sedikit masa je lagi untuk pemantauan yg lain2 (which I can't explain here). 

Dua malam di sini, buka mata dan hati when lihat keadaan pesakit2 lain. Keluarga dorang pun sangat supportive. Dan sangat respect dengan nurse&doktor yang bertugas. Memang hebat la dorang punya komunikasi w/ patient eventho dorang ada banyak task perlu di siapkan. Hehe. Disebabkan hanya belajar tentang ubat, banyak benda kena belajar, anatomi especially :p luckily 1 of my cousin datang and explain byk benda thru drug chart.






Oke. Rasa sleepy pula now,
Hope ayah cepat sembuh. Aminnn.






Efforts are better than words.
29.01.2019, Bed 24, Level 9, SGH.







Sunday, January 27, 2019

Rindu.


Sedia bekal Keisha. Iron baju dia, bju ddy dia. Kemas playground, cuci mainan dia. Tulis resepi & what-to-do list untuk ddy dia. Percaya my hubby boleh jaga Keisha better than me. Cuma nanti rindu, dah puas dia main2 dia panggil nak kita tidurkan. Tengah malam bangun nak susu, bangun pagi benda pertama dia buat dia senyum kat mommy & daddy dia. Mommy akan rindu Keisha, jadi good girl taw bila mommy takde. Belum pergi dah rindu. Alahai. Simptom mak-mak ni. Dari tadi nangis sorang2 sambil iron baju. Kenapa layan sangat perasaan ni. Ni kali kedua mommy tinggalkan Keisha kejap ngan daddy.  Cuma kali ni terasa sebab 6 hari. Mommy gonna miss u Keisha, and your daddy too. Sayang dua dua.



6hari
Mommy pergi Kuching, teman atok Keisha di sana.




Tuesday, January 15, 2019

26A


Ayah tak berapa sihat, admit a+e, takde selera makan,
tiap kali makan muntah, sugar level tak control,
Minta izin suami nak balik Kuching kejap,sorang-sorang,
Then bermula lah journey drive from LD-Tawau-(Tawau-Kuching, flight),
Alhamdulillah selamat walaupun keadaan kereta masa tu tak berapa okay pula.
Yang penting make sure battery hp full, kalau tak nangis2 la tepi jalan.
Dah check in siap-siap, so lega sket dalam perjalanan.
Risau dengan ayah, dan tinggalkan my baby pula,
Hanya dapat berdoa, buat yang terbaik as a daughter + mom,
Nak buat semua benda dalam masa yang sama, but I can't.


Seat 26A+air mata.

Tuesday, January 01, 2019

Dunia.

Assalamualaikum.

Entri pertama 2019.
Jenguk balik blog,
2018 mampu buat 3 entri je.
Entri pertama, introduce my baby girl.
Entri kedua, dunno why, maybe sedih masa tu.
Entri ketiga, throwback perasaan sedih juga, layan sangat perasaan ni.

InsyaAllah 2019 ni, cuba rajinkan diri update entri. But at the same time nak avoid diri dari social media, macam mana tu. Maybe kurangkan sedikit supaya masa yg ada dimanfaatkan pada benda-benda yang penting. Especially, untuk akhirat. Mine rasanya dah tertinggal banyak. Rindu masa dulu dapat attend usrah. Busy macam mana pun sempat attend. Now kena cari effort untuk belajar. Tak dapat pergi majlis ilmu pun at least belajar, belajar dan belajar. InsyaAllah.

2018. Sejak lahirnya baby, memang ambil masa untuk luangkan dengan dia. Seronok tengok baby membesar. Belajar macam-macam. Kalau demam, nak handle cam mana. Mandi, makan, minum, bahagi jadual siapkan makanan dia pagi-pagi, thanks to my encik suami coz banyak tolong buat homework yang lain. Without him, memang sakit-sakit badan ni. Oh ya, selepas bersalin ni, tulang belakang pun ada sakit-sakit. Ada la 6 bulan cam tu tahan sakit, then hilang sendiri. Tak sempat nak tanya physiotherapist. Mudah-mudahan sakit tu tak datang balik. 

Less talk. Sometimes (or always) cakap benda-benda yang lagha. Melekakan. So kena ubah diri untuk bercakap perkara-perkara yang baik. A Muslim, is the one who avoids harming muslims with his tongue and hands (Prophet Muhammad s.a.w). Err, terasa something mengganggu fikiran lately but what I can do is, abaikan. 

Cepat sangat masa berlalu dan tahun ni sangat la kurang jenguk my parents. But curi masa juga untuk call (selalunya vid call) supaya dorang boleh tengok perkembangan cucu. Yang dapat dibekalkan doa-doa untuk mereka yang jauh. Siapa tak sedih when dengar je dorang sakit or demam ke, err sebak je rasa hati ni. Both in law alhamdulillah sihat walafiat dan this year ada 4-5kali balik ke Sandakan. 2019 ni nak bawa pula my parents stay di rumah for a month. At least terubat rasa rindu ni, nak masak for them, nak rasa jaga dorang kejap, nak bagi dorang main-main with cucu. Happy.

Penghujung disember, one of my colleague hadiahkan planner. Planner tahun lepas pun sentuh sekali dua je. Moga-moga rajin la menulis especially menu makanan my baby. Now tengah usaha bagi dia pemakanan yang betul. Jadi mak-mak camni la, memang 24/7 kepada anak. This year kena hargai apa yang ada masa, emosi, keluarga, jaga makan minum, kesihatan dan apa-apa yang termampu. Memang kena push diri jadi lebih rajin, bertanggungjawab dan ada effort nak baiki diri, insyaAllah.

Buat entri ni salah satu hadiah untuk diri sendiri sebab baru je lepas siapkan satu fail kerja. My baby dah tidur nyenyak and my encik suami dah potpet suruh masuk tidur coz esok semua dah start masuk kerja :P

My baby, 10 months old. 


Update soon ;
Switzerland
Langkawi
Kundasang


InsyaAllah lain masa, update lagi.


Assalamualaikum.