Wednesday, March 20, 2019

Rezeki



tak dapat dikira,
rezeki yang Allah bagi,
semalam tengok satu video ni sampai habis,
seorang hamba Allah ni ikut pergerakan solat
pemuda-pemuda yang berjemaah dan berdakwah di tepi jalan,
then tanya soalan-soalan
yang entah saya sendiri mampu jawab atau tidak,
kagum dengan jawapan-jawapan pemuda Islam tersebut.
satu nasihat yang masih segar,
bila pemuda Islam itu mention tentang,
setiap kebaikan, perbuatan atau suruhan Allah yang kita buat
pasti akan ada ganjarannya. Mustahil seorang hamba Allah yang rajin,
tidak dibalas akan perbuatannya atau
diberi ganjaran setimpal dengan hamba-hambaNya yang culas?
Tersentuh hati ni sebab kadang-kadang (selalunya)
lupa untuk bersyukur, lupa untuk ucap terima kasih,
even sesama manusia, apalagi kepada Pencipta kita.

belum terlambat lagi kan, berubah?



Tuesday, March 19, 2019

Pandai jalan.


Masuk umur 1 tahun,
Keisha dah pandai jalan 2-3 langkah,
jalan sikit jatuh, dah la comel,
especially punggung dia yang ber-pampers,
mummy bayangkan donald duck, ehe.
now, dah lebih 10 langkah dia jalan,
ada hari tu dah nak sampai dah dia kat mummy,
boleh pula dia pusingkan badan then jalan tempat lain.
yang risau, kadang-kadang dia jalan tu
macam nak berlari, so mummy pun join dia berlari.
ahaa, dah sampai dah fasa kejar-mengejar anak.
can't imagine beberapa bulan akan datang,
kurus la mummy nanti, kan? :p


Keisha showing off her teeth, masa ni 10 bulan :)



Monday, March 18, 2019

Tanya hati.



Suka atau tidak, dalam hidup ni akan ada
orang yang sentiasa iri hati dengan
nikmat-nikmat yang kita miliki. Dia nak
sangat agar nikmat-nikmat itu hilang dari
kita, dia menghitung kesenangan yang kita
miliki dan dia membandingkan diri kita dengan dirinya.

Itulah sebabnya jangan lupa untuk selalu berdoa,
"Ya Allah jauhkanlah dariku keburukan/kejahatan hamba-hambaMu."
c/p : zonkuliah.




:)




Picky eater?


Pelik tapi benar :)
masa mengandung baby Keisha,
langsung tak suka warna biru,
apa apa la yang ada kaitan dengan biru,
kebetulan masa raya dah beli dah baju kurung,
tepuk dahi, sebab warna biru, terus tukar. ahaa.

rasa nak muntah. facebook pun tak suka, sebab biru.
selain tu, timun, kubis, mee goreng basah, nasi goreng,
semua tak dapat nak telan, encik M dah bising dah sebab tak habiskan.
habis dah fasa mengandung, semua di atas ni
slowly boleh terima, even dah setahun macam trauma je tengok makanan,
try sket sket memang dah boleh terima, malah bertambah-tambah je makan,
pelik betul hormon mengandung, salahkan hormon ey, tak boleh salahkan baby.

tapi in real life, memang memilih pun bab makan,
tak makan kambing, ikan pari, kepala ikan bilis, kepala sotong,
kepala ikan, kulit ikan, apa lagi eh yang saya tak makan? ehehe.
so, hari tu keluar makan dengan family, encik M dah tak larat nak bebel isteri dia,
tapiiiiiiiiiii, dia bebel dekat baby Keisha. Terdengar la juga kat hujung hujung telinga,

"Keisha, dah besar nanti jangan jadi macam mummy tau. Keisha mesti makan apa yang ada."

ahaa, Keisha dengar tak tu. Kalau tak dengar, baca blog mummy one day nanti. eh :p

rasanya saya terikut-ikut sket my mum, dia tak suka hot dog, fish cake, ikan pari, fishball.
yang fishball ni baru tau why my mum tak suka, sebab masa dia muda-muda dulu,
dia ternampak jiran dia buat fishball, base fishball tu ikan yu. ikan tu besar sangat and maybe rupa yu tu pun dah menakutkan, sejak tu la my mum tak suka langsung fishball. Masa mak cerita tu, encik M pun ada situ, apa lagi semua ketawa ahaa :D So I shud create a story why I dislike certain food la kot. Munasabah la sket, nanti la create supaya encik M tak geleng2 kepala kekeke.


the end :p



Sunday, March 17, 2019

1 tahun.


Keisha Zahra turns 1  (22Februari) , alhamdulillah. 

Kesayangan ibu dan ayah. Moga membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah 
dan dilindungi oleh Allah S.W.T selalu. Sayang dia.







P/s : 1 tahun, Keisha dah pandai jalan, mummy dah boleh dah cari kasut sukan hehe :)








 

Parents.


My mum dah hampir 2 bulan tinggal disini. Sangat happy sebab boleh tengok dan jaga ibu depan mata. Alhamdulillah ibu sihat. Cuma yang risau dengan ibu, ibu mudah lupa dengan perkara-perkara yang simple/baru je berlaku. Perasan condition ibu since last year. Mula-mula sedar when pergi klinik bawa my baby then bila selesai semua, ibu tanya semula, kenapa pergi klinik? Masa tu ayah pun sedar dan (hati siapa yang tak sedih, kan?) Jadi, selama ibu di sini selalu ingatkan dia apa-apa yang perlu, kadang-kadang thru whatsapp dan selalunya nota. Dan ayah alhamdulillah semakin sihat. Dan insyaAllah minggu depan ayah pula stay with us. Tenang je hati when both of them depan mata. Orang-orang yang membesarkan saya since kecil, bagi cukup didikan, bagi cukup kasih sayang. 




Buat apa yang mampu masa ni, jaga mereka dan hargai setiap masa yang ada. One day nanti, saya/kita pun akan jadi tua seperti mereka.






Fatimah.


Semalam tiba-tiba teringat seorang makcik ni, namanya Fatimah. Kawan ibu, jiran satu lorong di tempat tinggal lama. Kenal makcik ni since kecil. Disebabkan makcik Fatimah dan ibu sangat rapat, anaknya pun sama, anggap makcik ni kawan rapat juga.

Entah. rindu tiba-tiba, dan tanpa sedar air mata menitis.

Disebabkan since tahun 2008 dah mula belajar di kolej. Sangat la jarang berjumpa dengan makcik Fatimah ni kecuali balik beraya atau curi masa yang ada. My mum always remind me, kalau balik ke rumah jangan lupa jenguk2 orang tua, keluarga, jiran atau siapa siapa yang kita kenal. 

Tapi around 2013-2014, dapat khabar dari my mum, makcik Fatimah dah kembali ke rahmatullah. Masa tu pula kerja agak jauh. Mustahil tak menangis masa tu. Mungkin sebab rapat dan makcik Fatimah always beri nasihat. Remember when dia cakap, moga saya dimurahkan rezeki (anak).

Dan semalam tenung my baby lama-lama, dan rindu sangat dengan makcik Fatimah. Hati dia sangat baik. Moga arwah makcik Fatimah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di akhirat kelak. 







P/s : Innalillahiwainnailihirojiun, turut bersimpati dan takziah kepada keluarga saudara Islam kita yang meninggal semasa solat Jumaat di New Zealand. Pemergian mereka amat dicemburui.

"Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki," (3: 169)










Friday, February 08, 2019

Sakit.


Assalamualaikum, alhamdulillah ada masa sikit nak update di sini. Dalam 3 minggu ni always jatuh sakit. On off tapi selalu pujuk hati sebab nanti sakit ni akan hilang juga. Just enjoy je rasa sakit ni. Last sakit teruk masa pregnant 2 tahun lepas (2017) dan tahun ni muncul la penyakit2 yang tak diingini (eh, cakap redho and enjoy je?ahaa). A week before balik Kuching hari tu ada allergic, bersin non stop. Oh pujuk hati lagi, maybe selalu kemas rumah sewa baru coz banyak habuk masa vacuum carpet and lain2. But bila balik Kuching, alhamdulillah satu minggu jaga ayah, badan ni langsung tak meragam even though keletihan ya amat. But rasa kasihan with my mum, mungkin kami ulang alik ke hospital everyday, ibu pula kena batuk. Alhamdulillah she is getting better now. Ahaa, after balik dari Kuching, alahan makin teruk, bersin running nose non stop. Ambil Cetrizine, Chlorpheniramine, Clarinase, semua tak jalan. Dalam 3-4 hari bertemankan tisu. So one of my colleague tak bagi lagi ambil anti-histamine, kang semua kering dalam badan nanti boleh bagi kesan pada tekak pula. Tsk. So I stop la ambil ubat (sedangkan sebelum ni takut gila ambil ubat, yang tau panadol je berani sikit ambil hehe). Bila dah stop bersin dan selesema, kulit muka pula naik kemerah-merahan, sekali lagi yang dapat buat is redha je. Enjoy je la rasa sakit ni. Dah kemerah2an, batuk non stop pula, tanpa kahak. Nak tulis lagi nama ubat, on Thymol Gargle, Copastin dan sekarang on Doxy untuk 5hari. Berkurang alhamdulillah. Then now tunggu radang di kulit ni berkurang baru la selesa sikit. Sapu sapu aqueous cream bg lembap kulit. Sorry to my dear husband, coz tak dapat buat homework dalam 1minggu ni. Dan genap dah 1 minggu hari ni kami pindah ke rumah sewa baru. My hubby, my baby, my mum and I (oh Leo tooo..)





Satu ayat I will keep in my mind, sorang colleague cakap "untungla dapat sakit, masa sakit la dapat banyak pahala sebab banyak sebut nama Allah." 




Deep.




Tuesday, January 29, 2019

Bed24.



Ayah admit di IJN Kuching pada 17hb. Then ayah di transfer ke MMW di SGH. Mula-mula ayah takde selera makan, vomit then pucat je muka. When di IJN, ada UTI & sedikit infection. Bila di wad, adek jaga and selang beberapa malam ayah kena heart attack. Thanks to all family&sahabat2 ayah yg always mmbantu. Sekarang dah 13 hari ayah di wad. Demam x ada dah, boleh bergerak, boleh tidur and tunggu sedikit masa je lagi untuk pemantauan yg lain2 (which I can't explain here). 

Dua malam di sini, buka mata dan hati when lihat keadaan pesakit2 lain. Keluarga dorang pun sangat supportive. Dan sangat respect dengan nurse&doktor yang bertugas. Memang hebat la dorang punya komunikasi w/ patient eventho dorang ada banyak task perlu di siapkan. Hehe. Disebabkan hanya belajar tentang ubat, banyak benda kena belajar, anatomi especially :p luckily 1 of my cousin datang and explain byk benda thru drug chart.






Oke. Rasa sleepy pula now,
Hope ayah cepat sembuh. Aminnn.






Efforts are better than words.
29.01.2019, Bed 24, Level 9, SGH.







Sunday, January 27, 2019

Rindu.


Sedia bekal Keisha. Iron baju dia, bju ddy dia. Kemas playground, cuci mainan dia. Tulis resepi & what-to-do list untuk ddy dia. Percaya my hubby boleh jaga Keisha better than me. Cuma nanti rindu, dah puas dia main2 dia panggil nak kita tidurkan. Tengah malam bangun nak susu, bangun pagi benda pertama dia buat dia senyum kat mommy & daddy dia. Mommy akan rindu Keisha, jadi good girl taw bila mommy takde. Belum pergi dah rindu. Alahai. Simptom mak-mak ni. Dari tadi nangis sorang2 sambil iron baju. Kenapa layan sangat perasaan ni. Ni kali kedua mommy tinggalkan Keisha kejap ngan daddy.  Cuma kali ni terasa sebab 6 hari. Mommy gonna miss u Keisha, and your daddy too. Sayang dua dua.



6hari
Mommy pergi Kuching, teman atok Keisha di sana.




Tuesday, January 15, 2019

26A


Ayah tak berapa sihat, admit a+e, takde selera makan,
tiap kali makan muntah, sugar level tak control,
Minta izin suami nak balik Kuching kejap,sorang-sorang,
Then bermula lah journey drive from LD-Tawau-(Tawau-Kuching, flight),
Alhamdulillah selamat walaupun keadaan kereta masa tu tak berapa okay pula.
Yang penting make sure battery hp full, kalau tak nangis2 la tepi jalan.
Dah check in siap-siap, so lega sket dalam perjalanan.
Risau dengan ayah, dan tinggalkan my baby pula,
Hanya dapat berdoa, buat yang terbaik as a daughter + mom,
Nak buat semua benda dalam masa yang sama, but I can't.


Seat 26A+air mata.

Tuesday, January 01, 2019

Dunia.

Assalamualaikum.

Entri pertama 2019.
Jenguk balik blog,
2018 mampu buat 3 entri je.
Entri pertama, introduce my baby girl.
Entri kedua, dunno why, maybe sedih masa tu.
Entri ketiga, throwback perasaan sedih juga, layan sangat perasaan ni.

InsyaAllah 2019 ni, cuba rajinkan diri update entri. But at the same time nak avoid diri dari social media, macam mana tu. Maybe kurangkan sedikit supaya masa yg ada dimanfaatkan pada benda-benda yang penting. Especially, untuk akhirat. Mine rasanya dah tertinggal banyak. Rindu masa dulu dapat attend usrah. Busy macam mana pun sempat attend. Now kena cari effort untuk belajar. Tak dapat pergi majlis ilmu pun at least belajar, belajar dan belajar. InsyaAllah.

2018. Sejak lahirnya baby, memang ambil masa untuk luangkan dengan dia. Seronok tengok baby membesar. Belajar macam-macam. Kalau demam, nak handle cam mana. Mandi, makan, minum, bahagi jadual siapkan makanan dia pagi-pagi, thanks to my encik suami coz banyak tolong buat homework yang lain. Without him, memang sakit-sakit badan ni. Oh ya, selepas bersalin ni, tulang belakang pun ada sakit-sakit. Ada la 6 bulan cam tu tahan sakit, then hilang sendiri. Tak sempat nak tanya physiotherapist. Mudah-mudahan sakit tu tak datang balik. 

Less talk. Sometimes (or always) cakap benda-benda yang lagha. Melekakan. So kena ubah diri untuk bercakap perkara-perkara yang baik. A Muslim, is the one who avoids harming muslims with his tongue and hands (Prophet Muhammad s.a.w). Err, terasa something mengganggu fikiran lately but what I can do is, abaikan. 

Cepat sangat masa berlalu dan tahun ni sangat la kurang jenguk my parents. But curi masa juga untuk call (selalunya vid call) supaya dorang boleh tengok perkembangan cucu. Yang dapat dibekalkan doa-doa untuk mereka yang jauh. Siapa tak sedih when dengar je dorang sakit or demam ke, err sebak je rasa hati ni. Both in law alhamdulillah sihat walafiat dan this year ada 4-5kali balik ke Sandakan. 2019 ni nak bawa pula my parents stay di rumah for a month. At least terubat rasa rindu ni, nak masak for them, nak rasa jaga dorang kejap, nak bagi dorang main-main with cucu. Happy.

Penghujung disember, one of my colleague hadiahkan planner. Planner tahun lepas pun sentuh sekali dua je. Moga-moga rajin la menulis especially menu makanan my baby. Now tengah usaha bagi dia pemakanan yang betul. Jadi mak-mak camni la, memang 24/7 kepada anak. This year kena hargai apa yang ada masa, emosi, keluarga, jaga makan minum, kesihatan dan apa-apa yang termampu. Memang kena push diri jadi lebih rajin, bertanggungjawab dan ada effort nak baiki diri, insyaAllah.

Buat entri ni salah satu hadiah untuk diri sendiri sebab baru je lepas siapkan satu fail kerja. My baby dah tidur nyenyak and my encik suami dah potpet suruh masuk tidur coz esok semua dah start masuk kerja :P

My baby, 10 months old. 


Update soon ;
Switzerland
Langkawi
Kundasang


InsyaAllah lain masa, update lagi.


Assalamualaikum.