Wednesday, October 24, 2018

Al-Falaq

Terjemahan

(1) Katakanlah (Wahai Muhammad) "Katakanlah : Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang mencipta sekalian Makhluk,

(2) Daripada bencana para makhluk ciptaan-Nya

(3) Dan daripada bahaya gelap apabila ia (merangkak) masuk,

(4) Dan daripada bencana kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada pelbagai simpulan sihir

(5) Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".









Reminder : Even though it is dark today, the sun will always rise and a believer always has hope.

#sedih #menangisdalamhati #Allahknowsbetter 









Sunday, August 26, 2018

Keisha Zahra.

Assalamualaikum,


Buat rekod baru lagi, 9 bulan tak update blog. Nah, post pertama 2018 :P


Alhamdulillah selama 9 bulan yang berharga ni, Allah bagi nikmat yang tak terhingga. 22.02.2018, (5.08pagi) lepas selamat melahirkan seorang puteri yang comel. Puteri comel ni diberi nama Keisha Zahra :)

Keisha Zahra, 22.02.2018, 3.3kg. Born at 41 weeks 5 days.


Bila dah bersalin sampai sekarang, memang fokus pada baby je 24/7. Perasaan menjadi seorang ibu sangat la ohsem, sama je dengan perasaan ibu-ibu yang lain. Excited, gembira, sedih semua ada. Setiap hari akan belajar ilmu baru dari baby.

Pada sahabat-sahabat dan wanita diluar sana yang masih TTC, jangan berputus asa dan Allah akan beri apa yang kita mahu pada masa yang tepat. InsyaAllah :)

Moga Keisha Zahra menjadi anak yang solehah, taat pada perintah Allah dan sentiasa menjadi penyejuk hati ibu dan ayah ya. Sayang dia.






P/s :  Ayat ni akan berulang setiap entri, "update next entri bila baby tengah tidur ya" :P






Assalamualaikum.