Persediaan ke Eropah
(Entri agak panjang :p )

Di
Eropah ada 26 negara dalam Schengen Area. Schengen area ni memudahkan
kita nak masuk border mana-mana country (yang ada dalam senarai), first
and last country kita masuk je perlu check/cop di passport. Bila nak
pergi negara lain, tak perlu dah tapi kat border tu pegawai dorang check
la juga passport untuk faktor keselamatan, pegawai tu tanya sikit je
soalan, contohnya kita masuk dari negara mana, berapa lama visit country
dia, kadang-kadang dorang ajak bersembang lagi tentang Malaysia, kalau
dia ragu-ragu jawapan kita, banyak la soalan dia tanya. Boleh (klik sini) untuk info Schengen Area. Jadi, antara 26 negara tu, kami pilih 4 negara; United Kingdom, France, Switzerland dan Netherlands.
Tips : Perlu tahu jarak perjalanan antara country dan tempat yang kita nak pergi.

2. Passport dan tiket flight
Untuk
trip kali ni kami naik Qatar Airways untuk penerbangan bulan Disember,
en.suami free time tu je huhuhu. Kami beli tiket bulan Mac, 8 bulan
lebih awal sebelum pergi. Pilih Qatar Airways sebab ada promotion masa
tu dan yang paling penting masa transit dia tak terlalu lama. Beli tiket
lebih awal bagi peluang kita save bajet untuk keperluan lain seperti
hotel, makanan dan duit belanja. Dah beli tiket, sila check passport
kita masih valid dan make sure renew awal.
Tips
: Boleh buat perbandingan harga tiket melalui Skyscanner, selalunya
saya tak beli melalui Skyscanner, direct beli ke website penerbangan
yang saya pilih. :p


3. Itinerary dan screenshot
Memandangkan
kami jalan sendiri dan tak ikut mana-mana pakej perlancongan, dalam
masa 8 bulan tu buat research banyak-banyak dan sediakan itinerary yang
lengkap. Dalam itinerary ada senarai kedutaan Malaysia di sana, tempahan
hotel, salinan perlindungan insurans, tempahan flight, tiket bas,
tempat shopping souvenir, tempat jalan-jalan, tempat solat, mana
restaurant yang sedap (eh?:p) dan lain-lain. Itinerary tu saya buat
macam scrapbook, satu untuk saya dan satu lagi en.suami. Cara nak buat
salinan lebih banyak, saya screenshot semua maklumat penting, sangat
mudah masa jalan-jalan jadi tak perlu tengok buku 24jam. Sebelum
bertolak di sana, sila download google map offline di semua tempat kita
nak pergi. Rasa satu kelebihan bila guna Google Map Offline sebab saya
dan en.suami tak beli simkad pun di sana. Masa jalan-jalan tak suka
online and update 24hours, kalau tak ganggu mood menghayati suasana
ecece :p
Tips : Buat summary perjalanan supaya senang nak tunjuk kat Pegawai Imigresen dan download Google Map Offline supaya tak sesat :p

4. Transportation
Route kami ialah dari Amsterdam (The Netherlands) - London (UK) - Paris (France) - Geneva (Switzerland) - Amsterdam (The Netherlands).
Perjalanan antara negara tu kami naik midnight bus except dari Geneva
ke Amsterdam, kami naik flight EasyJet. Untuk bas, banyak pilihan di
Europe, tapi kami pilih OuiBus selepas baca review yang baik mengenai
bas ni, part saya paling suka bas ni ada free wifi dan soket untuk caj
handphone di setiap tempat duduk. Tiket-tiket bas di europe ni beli
secara online dan jadual perjalanan dibuka 3 bulan sebelum tarikh kita
nak pergi. Saya pergi bulan Disember, jadi bulan September dah check
website OuiBus ni untuk book siap-siap.
Tips
: Kelebihan naik midnight bus, dapat save bajet untuk penginapan dan
boleh rehat dan tidur, bangun je waktu pagi dah sampai dah ke destinasi
lain. Masa perjalanan antara satu negara ke negara lain agak lama 7 - 8
jam, tapi OuiBus ni kerusi sangat selesa, ruang antara seat depan luas
dan bersih. Ouibus - recommended! Sentiasa alert dengan jadual
perjalanan bas sebab lebih awal kita beli, lebih murah harga tiket.

5. Penginapan
Untuk
penginapan, saya dan en.suami pilih hotel/hostel/rumah yang berdekatan
dengan train/bus station, supaya dapat jimat tenaga sikit. Kan nak cover
banyak tempat dalam sehari. Paling penting dekat dengan kedai dan
restaurant. Masa sejuk cepat lapar, heaven bila dapat hotel yang inc
breakfast:p Penginapan kami book melalui booking.com dan book awal sebab
lebih murah, kami pilih betul-betul ikut bajet sebab bilik tu hanya
untuk rehat, solat dan tidur je (tak elok membazir).
Tips : Pilih hotel yang berdekatan dengan train/bus station dan selepas book, sila print salinan booking untuk simpanan.


Kepentingan
buat itinerary ialah kita dapat buat peruntukan untuk setiap tempat
kita nak pergi, mesti bajet betul-betul supaya senang dan tahu berapa
jumlah duit yang nak ditukar. Di UK guna matawang British Pound,
Amsterdam dan Paris guna Euro dan Switzerland pula guna Swiss Franc. Memandangkan di Switzerland boleh terima Euro, kami pilih Euro sebab
susah cari matawang Swiss Franc di Sabah. Kami tukar 2 bulan sebelum
pergi, bila sehari sebelum pergi matawang kita jatuh banyak.
2 bulan sebelum pergi : 1 British Pound : RM 5.32, 1 Euro : RM4.56
1 hari sebelum pergi : 1 British Pound : RM 5.99, 1 Euro : RM5.07
Tips
: Kami prefer bawa cash dan simpan dalam akaun untuk emergency.
Aktifkan kad debit dan kredit, call je bank yang keluarkan kad kita
untuk aktifkan kad kita, kejap je dorang buat. Yang cash pula, en.suami
beli Anti Theft Travel Wallet, boleh letak di pinggang dan bahagian
dalam baju. IC dan passport pun boleh simpan dalam tu. Dalam wallet
sebenar, letak je salinan IC dan sedikit not kecil :p


Nak
jadi ala ala backpackers, kami beli 2 backpack Deuter, balik Kuching
masa raya ada promotion di Sport Direct, terus beli. Yang biru en.suami
punya tapi dalam tu semua pakaian saya, saya pula beg hitam tapi pakaian
en.suami sebab barang perempuan lebih banyak dari lelaki (sila setuju
hehe). Masing-masing bawa 1 backpack, 1 sling bag, 1 hand luggage. Sling
bag untuk keperluan dalam flight dan masa transit, hand luggage kami
bawa segala bekalan makanan. Benda wajib bawa kalau flight lama ialah
pillow neck, banyak barang travel kami beli di Daiso or Kaison sebab
murah dan senang dibawa. Selain tu, kami beli sejadah dan towel travel
melalui online. Backpack ni boleh google cara nak lipat dan simpan
pakaian supaya beg lebih ringan, kalau silap cara packing memang sakit
la bahu dan bahagian belakang badan.
Tips
: Buat senarai barang yang nak di bawa, buat 2-3 kali check balik
senarai, dah naik flight tak boleh dah suruh pilot patah balik :p


8. Pakaian dan kasut
Memandangkan
kami pergi selama 14 hari pada musim winter, masing-masing bawa 2 set long john, 1
down jacket,1 sweater, 1 glove dan 5 pasang stokin. Saya prefer down
jacket sebab suhu di Amsterdam dan Switzerland suhu jatuh -ve pada waktu
malam. Saya bawa satu down jacket dan sweater biasa je sebab dua
pakaian ni memang ambil banyak ruang dalam bag. Down jacket (dalam
gambar di atas) saya beli di Universal Traveller, ada hidden hood, fur
collar, two-sides inner chest pockets (boleh simpan passport dan cash),
boleh digunakan pada suhu -20celcius sehingga 10celcius dan berat 1 down
jacket ni je almost 1kg (980gram). Selain tu, beli stokin yang
diperbuat dari wool to keep your feet warm, if cotton socks memang
nangis la juga if suhu -ve. Untuk kasut pula pilih tapak kasut yang
sesuai dan kasut kalis air sebab masa winter jalan agak licin (elak
tergelincir) dan basah/kotor. Silap pilih kasut, memang sakit seluruh
kaki dan paling teruk melecet.
Tips
: Untuk pakaian, saya dah siap letak dalam itinerary mana laundry yang
berdekatan dengan hotel, sepanjang 14 hari kami cuci 4 kali segala
baju, stokin, tudung (tak suka beg busuk :p) dan untuk kawal rasa sakit
kaki lepas berjalan, sila bawa siap-siap pain relief patch dalam beg :p
9. Keperluan lain
Keperluan
lain dalam senarai saya ialah makanan, prefer energy bar, coklat, maggi
(wajib), serunding daging, coffee, milo dll. Kami bawa 2 container saiz
sederhana supaya senang makan hehe. Cara nak simpan container dalam
backpack, penuhkan container dengan coklat-coklat/ charger handphone/
paket ubat. Jimat space! Selain tu, tak boleh jangka keadaan kesihatan
depends dengan cuaca dan pemakanan kita, anytime boleh jatuh sakit, bawa
eye drops, ubat demam/selesema, ubat allergic dan oral dehydration
salt. Alhamdulillah kami sihat sepanjang 14 hari di sana.
P/s : Rujukan banyak dari buku I'm A Backpacker : Europe by Khairul Abdullah, banyak tips penting dari buku ni yang membantu kami dan of course, carian melalui Mr Google serta blogger yang lain.
P/s : Rujukan banyak dari buku I'm A Backpacker : Europe by Khairul Abdullah, banyak tips penting dari buku ni yang membantu kami dan of course, carian melalui Mr Google serta blogger yang lain.
Next time sambung entri lain, salam Ramadhan :)