Assalamualaikum, Hi! Nak
sambung kisah di Langkawi. Selepas pergi ke pulau-pulau sekitar
langkawi, sebelah petang saya dan en.suami pergi ke Underwater World.
Sebelum ni pergi dengan parents tak sempat pula nak masuk. Memandangkan
sebelah bangunan underwater world ni tempat shopping, jadi kena pandai
dan sabar sket cari tempat parking. Entrance fee RM33 seorang. Nasib
baik sempat tengok pertunjukan penguin tengah makan-makan :p







Masa
mula-mula datang ke Langkawi ni, ada juga tanya dengan Puan Shazmiera kat mana
tempat makan yang sedap dan dia cadangkan untuk try Laksa Kaw Ikan
Sekoq. Senang je nak cari tempat ni, betul-betul tepi Lapangan Terbang
Langkawi. Kami pergi sebelah petang jam 5 macam tu. Ramainya orang makan
kat sini. Makan sambil menghadap laut. Best :)



Tadaaaa, Laksa kaw ikan sekoq. Sedap!

Dah
makan-makan, kami pergi cari replika helang ni. Sedih sikit sebab masa
kami pergi ada construction pula bahagian depan helang ni, dapat amik
gambar dari tepi je, sobsss. Sebelum balik ke hotel, kami beli sket
souvenirs untuk family :)

Next entri kami pergi ke Panorama Langkawi Skycab Cable Car, nnti sambung lagi :p
Assalamualaikum.