Hari Ke-5
Hari
kelima ni, kami akan pergi ke Palace. Di Seoul ni ada 5 Palace, tapi
kami singgah ke Gyeongbokgung Palace je sebab masa tak mengizinkan.
Gyeongbokgung Palace
Kami
bergerak awal pagi sebab nak tengok Sumunjang (Royal Guard) Changing
Ceremony. Naik subway dan berhenti di Gyeongbokgung Station (Line 3,
Exit 5).




Boleh lihat di sekeliling luar istana penuh dengan bangunan tinggi. Sangat kagum kerana mereka masih menjaga istana ni dengan baik. Istana di tengah-tengah bandar yang pesat membangun, osem oke..osem :)




Ewha Womans University
Selepas
1 jam di kawasan istana, kami singgah pula ke Ewha Womans University.
Cara nak pergi sini, naik subway stop di Ewha Womans University Station
(Line 2, Exit 2). Yang menarik perhatian saya mengenai universiti ini
ialah landscape nya yang unik dan cantik :)



Pemandangan pertama sewaktu masuk ke Ewha Womans Univ.




Kami
lunch di kafeteria di sini dan bahagian luar Ewha Womans University ni
banyak kedai yang menjual beg dan pakaian. Rambang mata jap. Saya sempat
beli baju 2helai dengan harga KRW5000 sahaja setiap satu dan encik M
beli beg kerja dia :P Jadiii, boleh lah masukkan Ewha Womans Univ. ni
sebagai salah satu tempat shopping. Hehe.

Yang manis di luar saya bagi Encik M habiskan, saya ambil buah je :P
Namdaemun Market
Selepas
jalan-jalan di Ewha Womans University kami, kami nak beli souvenir
untuk keluarga dan kawan-kawan. Cara nak pergi sini naik subway dan stop
di Hoehyeon Station (Line 4, Exit 5/6).


Ni bahagian pasar basah.


Banyak street food seperti yang kita lihat dalam tv :)

Beg comey2 :)

Hujan renyai-renyai ditambah dengan angin rasa macam duduk dalam fridge dan laparnyaaaa >.<
Itaewon
Disebabkan
suhu makin sejuk dan banyak bergerak hari ni, kami singgah di Itaewon
lagi. Kali ni kami makan di Eid Halal Korean Food. Naik subway stop di
Itaewon Station (Line 6, Exit 3).

Selepas
makan dan rehat, kami jalan-jalan di sekitar Itaewon dan terjumpa satu
kedai comel ni, Line Friends Flagship Store. Dalam ni ada cafe dan jual
bermacam-macam souvenir bertemakan Line App. Dibenarkan ambil gambar di
dalam kedai ni :)









Line Friends Flagship store ni dibuka dari jam 11.30 pagi sehingga 10 malam.
Cheonggyecheon Stream
Selepas
cuci mata sekitar Itaewon, kami nak menikmati pemandangan dan
berjalan-jalan sepanjang Cheonggyecheon Stream. Nak pergi sini naik
subway, berhenti di Gwanghwamun (Line 5, Exit 5).


Post kali ni sangat panjang sebab banyak tempat kami nak cover hari kelima ni. Next time saya sambung lagi :P
P/s : Sedih sebab itinerary asal hilang -____-
Hari Kelima
Subway : Gyeongbokgung Station
1. Gyeongbokgung Palace (Line 3, Exit 5)
Subway : Ewha Womans University Station
2. Ewha Womans University (Line 2, Exit 2)
Subway : Hoehyeon Station
3. Namdaemun Market (Line 4, Exit 5/6).
Subway : Itaewon Station
4. Eid Halal Korean Food (Line 6, Exit 3)
5. Line Friends Flagship Store
Subway : Gwanghwamun
6. Cheonggyecheon Stream (Line 5, Exit 5)
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment