Persediaan ke Seoul, South Korea
1. Tiket flight
Bulan
September lepas, saya dan encik M merancang untuk bercuti ke South
Korea. Dan kami decide pergi bulan Disember. Bincang-bincang sikit,
lepas tu terus beli tiket flight AA. Masa tu harga tiket RM1000+ seorang
pergi dan balik. Harga tiket kami dah termasuk luggage 20kg seorang.
Penting untuk kaum hawa yang suka penuhkan beg, tak kira sebelum atau
selepas melancong :P
Tips : Beli tiket masa promotion if nak save budget (:
2. Passport
Paling
penting, buat passport atau renew passport jika tarikh luput kurang
dari 6 bulan. Saya dan encik M renew last minute. Sekarang sangat murah,
cuma bayar RM200 untuk 5 tahun.

3. Guesthouse / Hotel / Apartment
Selepas
beli tiket flight, saya rajinkan diri sekejap google sana sini mengenai
Seoul. Dan banyak bertanya dengan kawan-kawan yang pernah ke Korea
(Thanks Zurin & Izzati). Saya dan encik M pilih untuk tinggal di
Beewon Guesthouse, Jongno. Kami book guesthouse ni 2 bulan sebelum ke
sana.
Tips : Pilih guesthouse/hotel yang hampir dengan subway, senang sket (:
4. Jalan-jalan sendiri / Tour guide
Ni
kali pertama saya dan encik M ke South Korea, kami decide untuk
jalan-jalan sendiri. Then, saya siapkan itinerary untuk perjalanan 8
hari 7 malam. Mata macam panda sebab saya rancang perjalanan berdasarkan
subway map.
Tips : Sekarang banyak promotion yang murah-murah ke South Korea, ikut tour guide boleh, jalan-jalan sendiri pun boleh (:

5. Tukar MYR kepada KRW.
Bila
dah siap itinerary, kita akan tahu bajet yang kita perlukan dan jumlah
semua makan minum, tempat tinggal, entry fee, shopping dll. Saya dan
encik M tukar siap-siap KRW dua bulan sebelum penerbangan. Boleh tukar
matawang di shopping complex or airport.
Tips : Jika rajin, tengok beza rate pertukaran. Lain tempat lain rate tukaran matawang. Boleh save bajet di situ (:
KRW1000 = RM3.67


5. Keperluan lain
Saya
dan encik M bawa minuman 3 in 1, biskut, serunding, energy bar, maggi,
ubat-ubatan dll untuk bekalan ke sana. Memandangkan kami pergi musim
winter, luggage agak penuh dengan sweater, jeans, long john. Saya kalau
packing tak pernah tak penuh :P
Tips
: Make sure senarai barang-barang yang penting ada di dalam itinerary,
boleh la double check & tinggal tick-tick je (:
Next time update lagi. Tiba-tiba mengantuk :P
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment