Thursday, October 01, 2015

Persediaan ke Seoul, South Korea.



Persediaan ke Seoul, South Korea

1. Tiket flight
Bulan September lepas, saya dan encik M merancang untuk bercuti ke South Korea. Dan kami decide pergi bulan Disember. Bincang-bincang sikit, lepas tu terus beli tiket flight AA. Masa tu harga tiket RM1000+ seorang pergi dan balik. Harga tiket kami dah termasuk luggage 20kg seorang. Penting untuk kaum hawa yang suka penuhkan beg, tak kira sebelum atau selepas melancong :P

Tips : Beli tiket masa promotion if nak save budget (: 


2. Passport
Paling penting, buat passport atau renew passport jika tarikh luput kurang dari 6 bulan. Saya dan encik M renew last minute. Sekarang sangat murah, cuma bayar RM200 untuk 5 tahun.



3. Guesthouse / Hotel / Apartment
Selepas beli tiket flight, saya rajinkan diri sekejap google sana sini mengenai Seoul. Dan banyak bertanya dengan kawan-kawan yang pernah ke Korea (Thanks Zurin & Izzati). Saya dan encik M pilih untuk tinggal di Beewon Guesthouse, Jongno. Kami book guesthouse ni 2 bulan sebelum ke sana.

Tips : Pilih guesthouse/hotel yang hampir dengan subway, senang sket (:



4. Jalan-jalan sendiri / Tour guide
Ni kali pertama saya dan encik M ke South Korea, kami decide untuk jalan-jalan sendiri. Then, saya siapkan itinerary untuk perjalanan 8 hari 7 malam. Mata macam panda sebab saya rancang perjalanan berdasarkan subway map.

Tips : Sekarang banyak promotion yang murah-murah ke South Korea, ikut tour guide boleh, jalan-jalan sendiri pun boleh (:



5. Tukar MYR kepada KRW.
Bila dah siap itinerary, kita akan tahu bajet yang kita perlukan dan jumlah semua makan minum, tempat tinggal, entry fee, shopping dll. Saya dan encik M tukar siap-siap KRW dua bulan sebelum penerbangan. Boleh tukar matawang di shopping complex or airport.

Tips : Jika rajin, tengok beza rate pertukaran. Lain tempat lain rate tukaran matawang. Boleh save bajet di situ (:

KRW1000 = RM3.67






5. Keperluan lain 
Saya dan encik M bawa minuman 3 in 1, biskut, serunding, energy bar, maggi, ubat-ubatan dll untuk bekalan ke sana. Memandangkan kami pergi musim winter, luggage agak penuh dengan sweater, jeans, long john. Saya kalau packing tak pernah tak penuh :P

Tips : Make sure senarai barang-barang yang penting ada di dalam itinerary, boleh la double check & tinggal tick-tick je (:



Next time update lagi. Tiba-tiba mengantuk :P




Assalamualaikum.











Wednesday, September 09, 2015

Manis.




Happy 26th birthday to myself. Thanks for everything en.suami. Ana uhibbuka fillah :)

Dah tua dah :(

Saturday, September 05, 2015

Tower of Heaven.


Tower of Heaven.
terletak di Lahad Datu, Sabah.
10minit perjalanan dari bandar Lahad Datu.
Entry fee cuma bayar RM5 seorang (Warganegara).
Dari pintu masuk ni nak sampai ke menara tu amik masa 15minit macam tu,
make sure sebelum pergi sini, condition tayar kereta dalam keadaan baik ye.


    
 Dah sampai menara ni, nampak pemandangan bandar Lahad Datu dan pantai-pantai yang cantik.


   




Nasib baik hari tu pergi awal pagi, sebab masa nak balik dah nak hujan dah.



Daa :)


Thursday, August 13, 2015

Cinta.




Cinta Baitulmuslim.






"but they plan, and Allah plans,
and Allah is the best of planners."
[Al-Anfal, 8:30]



---







Tuesday, August 11, 2015

Tujuan Perkahwinan.


Assalamualaikum w.b.t,




Tadi dengar satu video tentang tujuan dan petua perkahwinan oleh Ustaz Kazim Elias. Menarik. Dan saya dah tulis semula apa yang Ustaz Kazim sampaikan dalam video tersebut :)





Tujuan & petua perkahwinan, oleh Ustaz Kazim Elias 


1. Kerana ingin mendapatkan zuriat.
  • Dengan zuriat inilah akan menyambungkan tali silaturahim. Bukan setakat silaturahim di atas dunia, malah dengan adanya anak-anak kecil sehinggalah dia dewasa, sehinggalah kita kembali ke rahmatullah, anak-anak inilah yang akan memberikan doa, yang menyampaikan pahala kita selepas kematian kita. Sebab itu menjadi satu kesalahan bagi orang yang berkahwin jika tidak mahu anak, dia tak mahu anak..kahwin-kahwin tak nak anak..runsing dia kata, letih..dia tak nak bela budak. Inilah yang akan menolong kita, bukan setakat di dalam dunia, anak kita akan tolong kita sampai hari kiamat. Dengan doa yang tidak putus-putus dari anak yang soleh.


2. Untuk mencukupkan akal.
  • Selagi mana kita belum kahwin, macam-macam benda kita fikir. Tetapi apabila kita sudah berkahwin. Ramai orang kata, orang laki-laki ada 9 akal 1 nafsu..perempuan 9 nafsu 1 akal. Itu bukan hadis, ayat Quran pun tidak, hadis pun tidak..entah dari mana datang kita pun tak tahu. Sebenarnya orang laki-laki ada akal, perempuan pun ada akal..dua-dua tak cukup akal. Nak bagi cukup akal ni, kahwin. Bila kahwin, baru cukup. Suami setengah akal, isteri setengah akal..setengah campur setengah jadi satu. Sebab itu orang yang selepas berkahwin, tak sempurna lagi akal..ada benda yang kosong dalam perkahwinan dia.



3. Untuk menyempurnakan hak.
  • Islam menganjurkan kita berkahwin supaya kita menjaga hak. Hak orang perempuan. Hak isteri. Hak anak-anak perempuan. Islam menjaga hak-hak wanita, apabila perkahwinan itu berjalan mengikut jalan agama..InsyaAllah rumahtangga itu akan bahagia dan akan dapat dilaksanakan hak-hak. Tetapi apabila hak itu tidak dapat dilaksanakan, maknanya perkahwinan itu ada benda yang tersasul dalam perkahwinan. Sebenarnya dalam Islam, selepas kita berkahwin lagi rapat sebab perkahwinan itu ialah perkongsian. Bukan setakat berkongsi tempat tidur, berkongsi kain tuala, berkongsi tengok tv, tapi berkongsi segala-galanya. Berkongsi masalah, kegembiraan.. ini yang kita nak daripada perkahwinan. 


4. Untuk menyelesaikan masalah masyarakat.
  • Kerana apabila manusia ataupun rumahtangga kita bergelora, masyarakat bergelora kerana tidak ada perkahwinan..maka masalah sosial akan wujud, pelbagai masalah akan timbul.


5. Untuk mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T.
  • Darjat orang yang berkahwin, yang sudah berkahwin dengan darjat orang bujang yang belum berkahwin semuanya berbeza. Orang yang dah berkahwin, sembahyangnya fadhilatnya lebih besar dari orang bujang. Bila berkahwin semua benda dapat pahala. Senyum pada isteri, dapat pahala. Bila kahwin, tahulah pe nak buat. Perkahwinan ini rahmat, bila kita pegang tangan isteri kita..bila kita pegang tangan suami kita. Pegang je, gugur dosa dari celah-celah jari kita. Berapa banyak dosa kita tuan-tuan? Balik nanti, pegang la tangan..gugur dosa. Satu suap nasi yang isteri kita makan, yang anak kita makan, satu makanan yang mereka suap hasil dari pekerjaan suami dia..satu suap itu merupakan satu pahala untuk suami. Sebab itu kita jangan marah kalau isteri kita kuat makan..biar dia. Bapa-bapa yang bangun tengah malam, menyelimutkan anak dia, memasang kelambu, bangun malam tengok anak dia bangun ke tidak, bangun malam seorang bapa untuk jaga anak dia, pahala dia bangun macam pahala bangun Fisabilillah. Perang Fisabilillah. Besarnya pahala. Sebab itu tujuan kita berkahwin ini, untuk mendapat rahmat.



Petua pekahwinan :)

1. Banyakkan berkomunikasi.
  • Banyak perkahwinan yang berlaku dengan penceraian. Sebab kita sudah hilang rahmat, hilang kasih sayang. Kita jarang bercakap, waktu bercinta kita selalu bercakap. Cubalah lepas berkahwin, kite ber-SMS dengan isteri kita, kita bercakap dengan isteri kita, kita bercakap dengan suami kita, banyakkan bercakap dengan mereka, akan datang rahmat. Bukan setakat masa majlis perkahwinan boleh menyanyi, selepas berkahwin kita boleh menyanyi untuk isteri kita. Banyakkan berkomunikasi. 


2. Banyakkan berjemaah.
  • Makan berjemaah, mandi berjemaah, solat berjemaah..kena buat. Berjalan bersama-sama, tidur bersama-sama, menonton bersama-sama, mandi pun bersama-sama. Rasulullah S.A.W pun mandi bersama-sama dengan isteri Rasulullah. Saling gosok-menggosok. Ini tidak, tampar-menampar..camna ceritanya. Rasulullah S.A.W boleh berlumba lari dengan isteri nabi, dari ke rumah pergi ke masjid berlumba lari. Mula-mula masa Aisyah masih kurus , Aisyah menang. Bila Aisyah dah gemuk sikit, Nabi menang. Dan kadang-kadang Nabi saja bagi Aisyah menang sebab nak bagi Aisyah seronok. Maknanya dalam tahap kemesraan begitu sekali, tapi kadang-kadang kemesraan rumahtangga mudah hilang. Rasulullah S.A.W dipanggil oleh isterinya dengan panggilan "Ya Rasulullah", maknanya boleh panggil suami dengan gelaran. Kalau suami dia cikgu, boleh panggil "Cikgu, makan.." Kalau suami dia tok imam? "Abang mam, mamam.." :) Dengan panggilan itu lah, mesranya sesuatu perhubungan.


3. Tolong jangan menyusahkan antara satu pasangan dengan pasangan yang lain.
  • Nabi Muhammad bila dia nak keluar jalan malam berpesan "Kamu jangan tunggu aku, aku lewat balik" malah kadang-kadang Rasulullah S.A.W bawa kunci. Satu hari Nabi Muhammad tak bawa kunci, bila lewat balik.. Siti Aisyah tertidur.. Nabi Muhammad tak ketuk pintu, Nabi Muhammad ambil serban tidur dihadapan pintunya. Nabi tak masuk rumah sebab tak nak kejutkan Aisyah yang sedang tidur. Kita kadang-kadang menimbulkan sesuatu benda yang menyusahkan, yang menyusahkan pasangan kita, cuba cari jalan yang paling baik dan menyenangkan 



4. Nabi pesan pada kita "La Taghdab..La Taghdab..La taghdab.."
  • Yang bermaksud, "Jangan marah.. Jangan marah.. Jangan marah.." 3 kali nabi sebut, Jangan marah. Kita kalau cepat marah, tangan cepat naik. Orang laki-laki bila tangan naik, penumbuk akan naik, bila penumbuk naik, lidah akan bercakap "aku cerai kamu..". Bila cerai sahaja disebut, bergegar tiang 'Arasy. Kita tidak mahu perkahwinan kita macam ni, kita nak kekalkan perkahwinan ini sampai mati. Nak kekal sampai ke akhir hayat ini, kena banyak bersabar. Kerana rintangan cukup berat. Bila sebut pada suami, rintangan sangat berat. Bila sebut isteri, cabaran sangat kuat. La Taghdab. Kena banyak bersabar, kena banyak relax. Sebab tu Nabi pesan, kalau suami nak marah..keluar daripada rumah..jangan duduk depan isteri. Isteri kalau nak marah.. pergi masuk dalam bilik. Suami kalau marah di rumah.. jangan dilawan.. isteri pergi ke dapur, ambil pisau paling besar sekali pi potong ikan. InsyaAllah dia senyap. 


Selepas ini banyakkan rindu-rinduan, banyakkan rindu.. duduk saje-saje, terkenangkan saat kita bahagia.

 Ustaz Kazim menyanyi :)
"Saat yang bahagia, datang sekejap saja.. Namun dalam hatiku, kasih tidak berubah.."
"Dengarlah ku sayang, laguku untukmu..lagu pernuh erti, harap kau mengerti..ku rasa gembira menyanyi denganmu..aku terpikat dengan gayamu mempersonakan.."


Pikat suami kita. Pikat isteri kita. Jangan menjadikan faktor usia, perkahwinan kita menjadi lemah. Jangan menjadikan usia kita, perkahwinan kita jadi tak seronok. Sepatutnya semakin kita berusia, semakin lama perkahwinan kita..kita lebih memahami perasaan pasangan kita masing-masing.





P/s : Kepada sahabat-sahabat saya, selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Moga bahagia hingga ke syurga.




:)



Wednesday, August 05, 2015

Belajar.


Kebelakangan ni,
rindu zaman belajar.

Bangun pagi tunggu giliran untuk mandi,
pergi kuliah sama-sama dengan classmate,
duduk sambil tulis nota, tak lama lepas tu mengantuk,
kawan-kawan duduk sebelah pun join mengantuk sekali.

Balik kuliah pergi cafeteria, macam-macam lauk.
makin belajar, perut makin lapar pula malam-malam. nafsu.

Malam-malam pula, cuci baju sama-sama dengan roomate,
sembang-sembang sampai mak cik guard tegur jangan bising,
sebab kami cuci baju sambil ketawa kuat-kuat. Masa tu, dunia kami punya.

Buat nota berwarna-warni, bila exam automatik ingat. Kononnya. Hee.
Hujung minggu joging dengan kawan-kawan. Selalunya, di Bukit Tension.
Bukit Tension? Yep, nama bukit tu Bukit Tension.
Pernah sekali jerit kuat-kuat sebab nak release tension :P

Tak jauh dari kolej ada satu kampung ni penuh dengan bunga-bunga,
Pernah beli kaktus comel, letak tepi tingkap, tapi..
balik kuliah, kaktus tu jatuh ke tingkat bawah. Sedih, tahu.

Sayangnya masa belajar ni, belum ada kamera, 
jauh sekali handphone canggih-canggih.
Tak dapat nak ambil gambar semua kenangan.

Hujung sem pula masing-masing fikir nak beli baju design macam mana,
sebabnya hujung sem, tak mungkin tak ada majlis makan malam.
Teringat lagi sem pertama pakai kebaya dan kasut tinggi. Berapa inci entah.
Jalan 0.01km/jam. Insaf dan sedar. Kasut tinggi bukan sahabat sejati.

Masa konvokesyen, jumpa semula dengan classmate.
Masa sangat singkat, tak dapat nak bergambar dengan rakan-rakan yang lain.
InsyaAllah satu hari nanti, mungkin kita semua akan berjumpa lagi.


Sambung belajar?
Satu hari nanti,
mungkin (:


Ops, minta izin dengan en.suami dulu. Hee. :p


Wednesday, July 29, 2015

Kundasang Part 3

Assalamualaikum,

Selepas saya dan encik M jalan-jalan sekitar Kundasang dan Ranau, kami singgah di Ladang Teh yang terletak kira-kira 20km dari Pekan Ranau. Tak perlu risau, sebab sepanjang jalan dari Ranau, dah sedia dah poster Sabah Tea Farm, dari situ kita akan tahu berapa jarak pemanduan dari Ranau.

Bila dah sampai, akan nampak signboard ni pula (;


Hari tu masa masuk, takde bayaran masuk dikenakan. Hehe (:


Tahu minum teh je selama ni, kali ni first time tengok daun teh :P


 Kat sini pun ada buat pelbagai aktiviti contohnya lawatan sambil belajar.

Encik M jalan-jalan melawat kawasan :P
Bahagian belakang tu kilang pemprosesan teh (:



Ladang teh (:


Sebelum kami balik, sempat lagi beli teh, macam-macam jenis produk teh ada.
Fav saya dan encik M, teh mix with geranium. Wangi dan rasa sirap camtu :)





Next time nak pergi sini lagi, nak beli tea w/ geranium :D

Sayonara tea farm


 (:


Monday, July 27, 2015

Kundasang Part 2


Selepas jalan-jalan di Desa Dairy Farm, saya dan encik M pergi ke Kundasang War Memorial pula, yang terletak di tengah pekan Kundasang. 

War Memorial ni dibina sempena mengingati 2428 orang banduan warga Australia dan British yang meninggal dunia semasa Perang Dunia ke-II dan mangsa-mangsa forced death marches dari Sandakan ke Ranau. Dalam tragedi ini, hanya 6 orang warga Australia yang terselamat.

Kundasang War Memorial ni di jaga dengan elok dan penuh dengan taman-taman bunga yang cantik. 

Bayaran masuk ke War Memorial ni RM2 seorang.




Ni model tak berbayar saya, encik M.










Selepas jalan-jalan di Kundasang War Memorial, kami bergerak pula ke Poring  Hot Spring. Poring Hot Spring ni terletak lebih kurang 40minit memandu dari Kundasang. Sebelum bertolak, beli macam-macam jenis buah di Pekan Kundasang. My fav of courselah buah lemak manis :)

Bayaran masuk ke Poring Hot  Spring ni RM3 seorang.


Sejuk mata memandang, sayang nya hari tu tak bawa baju dan tuala. 
Kalau tak dah boleh mandi di sana. Tsk.


Disebabkan tak dapat mandi, saya dan encik M pilih aktiviti Canopy Walk. 
Sesiapa yang menghidap penyakit jantung dan darah tinggi tak digalakkan untuk ikut aktiviti ni.


Bayaran untuk aktiviti ni RM3 seorang dan memandangkan kami bawa sekali kamera, bayar RM5. Jumlah RM11.
Encik M cakap bayaran kamera lebih mahal dari kami. Nangis jap. Hehe.


Bersama kami, ada 1 pasangan suami isteri. Akak tu tengah mengandung 3 bulan. 
Respect oke, sebab masa nak naik ke jambatan ni seriously memenatkan.
 Jambatan ni boleh naik 6 orang dalam satu masa.


Jambatan ni dibina antara satu pokok ke pokok yang lain. 
Hari tu kami lalu dalam 3 jambatan macam tu.
Selepas Canopy Walk, kami berehat di kolam dan pondok rehat yang disediakan.


Ni kolam untuk kanak-kanak.


Ada pondok rehat.


Saya dan encik M dapat satu open-air cabin bath ni untuk rendamkan kaki.
Air dari gunung ni sejuk dan kaki berasa segar selepas penat buat aktiviti Canopy Walk.



Selepas pergi ke Poring Hot Spring ni kami pun balik. Letih sangat sebab banyak berjalan sana sini. Thanks encik M :)



Assalamualaikum.





Saturday, July 25, 2015

Kundasang Part 1

Bulan Februari yang lalu, saya dan encik M ke Kundasang. 3hari 2malam. Masa pertama kali datang ke Kundasang tahun 2013, dah fall in love dah dengan keindahan Allah Maha Besar ni.

Memandangkan saya dan encik M suka berjalan-jalan, saya book lodge awal-awal. Kami menginap di Mile36 lodge. Bayaran RM150/day include breakfast. Lodge ni terletak 4.5km dari Kundasang. Bilik kami betul-betul menghadap Gunung Kinabalu. Osem oke..osem. 

Pagi keesokkan harinya, kami pergi ke Desa Dairy Farm di Mesilau, lebih kurang 10minit perjalanan dari pekan Kundasang, nak lawat lembu-lembu dan kambing-kambing yang comel. Bayaran masuk, RM4 untuk dewasa. 


Pemandangan pagi di pekan Kundasang. Di Kundasang ni banyak kedai makan, KFC pun ada. Tapi saya dan encik M pergi ke kedai makan berhampiran dengan stesyen minyak Kundasang. Alamak, lupa dah nama kedai tu. Hihi.


Selepas sarapan, kami bertolak ke Mesilau. Selesa pergi dengan kereta sendiri. Boleh pergi mana-mana kita nak. Sebelum ni (tahun 2013, masa tu belum kahwin hikhik) saya pernah menyewa kereta Saga FL 1.3 (RM150/day) dari KK dan drive sendiri ke Kundasang cuma ambil masa 2 jam memandu.


Nah, ni bayaran masuk ke Desa Dairy Farm :)



Zoom sikit, banyak lembu dalam gambar ni hihi :)


Semua lembu tengah khusyuk dengan rumput-rumput yang menghijau.


Bila dah masuk, ni tempat wajib untuk bergambar :)


Bahagian dalam Desa Dairy Farm ni banyak menjual produk susu lembu ni. Saya dan encik M memang gila aiskrim. Wajib, wajib. Selain itu, wafel, puding dan fresh milk. Okay, memang kuat makan. Tak sampai setengah jam dah habis. Fresh milk bawa balik rumah.


Saya ambil gambar dan encik M bawa handbag ops :)



Sesi beri susu dengan kambing-kambing comel ni. Satu botol susu, RM1.50.


Encik M pula :)


Baca kat atas ni haa :)


Anak-anak lembu pula. Part ni kelakar, masa nak ambil gambar dengan lembu ni, sweater encik M kena jilat oleh lembu ni. Penuh dengan air liur. Gelak-gelak pastu encik M suruh bersihkan sweater tu. Nasib baik ada sinki dan tisu. Tsk. Tsk.


 Sekarang melawat ibu dan bapa lembu pula hee :)



Kami ambil masa 1jam lebih berjalan-jalan di Desa Dairy Farm ni. Banyak aktiviti boleh buat. Sila ambil gambar banyak-banyak di sini ya. Pemandangan sangat menyejukkan mata dan hati ni. Eh. :)


Jalan-jalan di Kundasang ni akan bersambung di entri yang lain. InsyaAllah.



Assalamualaikum.



:)