Wednesday, March 20, 2019

Rezeki



tak dapat dikira,
rezeki yang Allah bagi,
semalam tengok satu video ni sampai habis,
seorang hamba Allah ni ikut pergerakan solat
pemuda-pemuda yang berjemaah dan berdakwah di tepi jalan,
then tanya soalan-soalan
yang entah saya sendiri mampu jawab atau tidak,
kagum dengan jawapan-jawapan pemuda Islam tersebut.
satu nasihat yang masih segar,
bila pemuda Islam itu mention tentang,
setiap kebaikan, perbuatan atau suruhan Allah yang kita buat
pasti akan ada ganjarannya. Mustahil seorang hamba Allah yang rajin,
tidak dibalas akan perbuatannya atau
diberi ganjaran setimpal dengan hamba-hambaNya yang culas?
Tersentuh hati ni sebab kadang-kadang (selalunya)
lupa untuk bersyukur, lupa untuk ucap terima kasih,
even sesama manusia, apalagi kepada Pencipta kita.

belum terlambat lagi kan, berubah?



Tuesday, March 19, 2019

Pandai jalan.


Masuk umur 1 tahun,
Keisha dah pandai jalan 2-3 langkah,
jalan sikit jatuh, dah la comel,
especially punggung dia yang ber-pampers,
mummy bayangkan donald duck, ehe.
now, dah lebih 10 langkah dia jalan,
ada hari tu dah nak sampai dah dia kat mummy,
boleh pula dia pusingkan badan then jalan tempat lain.
yang risau, kadang-kadang dia jalan tu
macam nak berlari, so mummy pun join dia berlari.
ahaa, dah sampai dah fasa kejar-mengejar anak.
can't imagine beberapa bulan akan datang,
kurus la mummy nanti, kan? :p


Keisha showing off her teeth, masa ni 10 bulan :)



Monday, March 18, 2019

Tanya hati.



Suka atau tidak, dalam hidup ni akan ada
orang yang sentiasa iri hati dengan
nikmat-nikmat yang kita miliki. Dia nak
sangat agar nikmat-nikmat itu hilang dari
kita, dia menghitung kesenangan yang kita
miliki dan dia membandingkan diri kita dengan dirinya.

Itulah sebabnya jangan lupa untuk selalu berdoa,
"Ya Allah jauhkanlah dariku keburukan/kejahatan hamba-hambaMu."
c/p : zonkuliah.




:)




Picky eater?


Pelik tapi benar :)
masa mengandung baby Keisha,
langsung tak suka warna biru,
apa apa la yang ada kaitan dengan biru,
kebetulan masa raya dah beli dah baju kurung,
tepuk dahi, sebab warna biru, terus tukar. ahaa.

rasa nak muntah. facebook pun tak suka, sebab biru.
selain tu, timun, kubis, mee goreng basah, nasi goreng,
semua tak dapat nak telan, encik M dah bising dah sebab tak habiskan.
habis dah fasa mengandung, semua di atas ni
slowly boleh terima, even dah setahun macam trauma je tengok makanan,
try sket sket memang dah boleh terima, malah bertambah-tambah je makan,
pelik betul hormon mengandung, salahkan hormon ey, tak boleh salahkan baby.

tapi in real life, memang memilih pun bab makan,
tak makan kambing, ikan pari, kepala ikan bilis, kepala sotong,
kepala ikan, kulit ikan, apa lagi eh yang saya tak makan? ehehe.
so, hari tu keluar makan dengan family, encik M dah tak larat nak bebel isteri dia,
tapiiiiiiiiiii, dia bebel dekat baby Keisha. Terdengar la juga kat hujung hujung telinga,

"Keisha, dah besar nanti jangan jadi macam mummy tau. Keisha mesti makan apa yang ada."

ahaa, Keisha dengar tak tu. Kalau tak dengar, baca blog mummy one day nanti. eh :p

rasanya saya terikut-ikut sket my mum, dia tak suka hot dog, fish cake, ikan pari, fishball.
yang fishball ni baru tau why my mum tak suka, sebab masa dia muda-muda dulu,
dia ternampak jiran dia buat fishball, base fishball tu ikan yu. ikan tu besar sangat and maybe rupa yu tu pun dah menakutkan, sejak tu la my mum tak suka langsung fishball. Masa mak cerita tu, encik M pun ada situ, apa lagi semua ketawa ahaa :D So I shud create a story why I dislike certain food la kot. Munasabah la sket, nanti la create supaya encik M tak geleng2 kepala kekeke.


the end :p



Sunday, March 17, 2019

1 tahun.


Keisha Zahra turns 1  (22Februari) , alhamdulillah. 

Kesayangan ibu dan ayah. Moga membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah 
dan dilindungi oleh Allah S.W.T selalu. Sayang dia.







P/s : 1 tahun, Keisha dah pandai jalan, mummy dah boleh dah cari kasut sukan hehe :)