Friday, November 02, 2018

TTC.

Assalamualaikum,

TTC.
Trying to conceive.

Entri kali ni agak heavy sket sebab banyak membebel, eh?  Alhamdulillah selepas 4 tahun kahwin, dikurniakan cahaya mata yang ditunggu-tunggu. Masa mula-mula tahu pregnant bila period tak muncul-muncul. Masa tu tak nak terlalu excited, lambat 5 hari check, 7 hari lambat check lagi, hari ke 14 check lagi, +ve.



Dalam masa 4 tahun tu always muhasabah diri, apa orang cakap masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kadang-kadang tak pun keluar telinga kiri, berlegar-legar je ayat-ayat yang tak sedap didengar tu di kepala. 



Awak dah berapa lama kahwin? Oh kalau lepas 5 tahun lahwin dan tak pregnant, pastu jumpa doktor, doktor tak nak check tu.. (doktor tak nak ambil tahu)
-masa dengar ayat atas ni, tertusuk pula rasa jarum kat hati ni
-fikir +ve, oh orang ni nak aku jumpa doktor la kott..

Kenapa anggap kucing tu macam anak??
-coz I ada kucing di rumah, but i tak BF kucing tu pon. Okay? dengan kucing pun jealous? what?
-BF-Breastfeed

Kamu tahu A dan B suami isteri, bila takde anak, dorang berpisah. Bila masing-masing kahwin dengan orang lain, dua-dua ada anak pastu.
-nak suruh saya berpisah ke ni?
-fikir +ve, dia nak suruh saya bersabar ke apa ni?


Bait-bait kata kat atas ni telan je, mustahil la tak menangis. Apa yang mampu buat bersabar dan berdoa. If pasangan kita lebih kuat (hatinya bersabar), kenapa kita tak boleh pula, kan? 


If ada sahabat, kawan sekerja, saudara yang TTC, berkata-katalah dengan baik, elakkan soalan  atau perkara sensitif. Nak orang jaga hati kita, kita jaga lah hati orang yang mendengar kata-kata kita. Give and take.


Bagi wanita kat luar sana yang masih TTC, moga Allah permudahkan segala urusan ya. InsyaAllah semuanya akan baik dan perjalanan kita sangat lah indah. Allah sayang orang-orang yang bersabar di atas jalan-Nya.




P/s : 
When I tengah preggy,
morning sickness teruk,
someone said to me,
"orang yang muntah2 masa 
mengandung ni banyak dosa"
then I just ketawa (dalam hati)
I tot bila TTC je kena hentam
tak sangka bila dah pregnant 
pun dengar something 
yang tak sedap didengar.


Am I onioning?
Nope, awak la yang onioning, dosa tahu tak?






1 comment:

Miera Hassan said...

Alhamdulillah..tahniah.. abaikan mulut puaka camtu.. biasalah, susah nak puaskan hati makcik bawang sedangkan semua ni rezeki dari Tuhan..
be strong and semoga sihat selalu