Saturday, November 04, 2017

Paris Part 2

Assalamualaikum, hi :) entri ni sambungan hari kedua kami di Paris (hari terakhir..), memandangkan kelmarin kami kembali ke hotel awal dan rehat secukupnya, sebelah pagi kami bersarapan di hotel seperti biasa sebelum ambil angin sekitar kota Paris. Semua tempat-tempat penting kami dah cover kelmarin, so hari ni kami hanya jalan-jalan, cuci mata dan makan-makan je. Tak shopping pun  (melainkan souvenir) sebab dah pack segala beg siap-siap. Tambah barang maksudnya sakit la bahu nanti dan nangis tepi jalan sorang-sorang :p




Milo tu wajib bawa, especially time winter :p

      

Bila dah siap breakfast, kami kemas segala barang-barang dan sedia untuk check-out sebelum jalan-jalan. Hotel kami menginap ni ada khidmat simpankan beg or luggage walaupun kita dah check-out. Selain tu, boleh online dan print apa-apa dokumen yang kita nak, limit 1 jam seorang if tak silap :)


Dah simpan barang, pekerja hotel akan bagi tiga tiket ni. Maksudnya ada 3 beg yang kami simpan. Simpan elok-elok supaya senang ambil semula barang nanti. Lega sikit jalan-jalan tak perlu bawa beg.


Memandangkan #stoppollution campaign dah takde, hari ni kami beli tiket di Metro dengan harga 11.65 Euro seorang, boleh guna pass ni 24jam dan stop di Metro dalam Zon 1 sahaja. Zon 1 tu banyak station kita boleh pergi. Sebelum beli, boleh tengok map metro which zon yang kita nak pilih.

     

Dari Arc de Triomphe, kami berjalan-jalan di Les villages de noil, ada banyak stall jual macam-macam jenis makanan dan cenderahati sempena Christmas tak lama lagi. Jalan-jalan beli la roasted chestnut ni, makan sampai comot-comot muka :p


Then kami berjalan sepanjang Champs-elysees sepanjang 1.9km, tak terasa letih sebab boleh banyak shop, cafe, theatre dan lain-lain.

 

Dah puas jalan-jalan, kami kembali ke hotel, on the way balik tu terjumpa lagi satu restaurant halal tak jauh dari hotel. Harga pun murah dan banyak pilihan.



Terkejut sket sebab portion untuk seorang agak besar dan sangat la berbaloi sebab both of us boleh habiskan, ambil masa juga la nak habiskan. Tak rushing pun sebab jadual bas kami ke Geneva akan bertolak dari Bercy pada jam 1145malam. Hehe :)


Dah makan dan tapau, kami kembali ke hotel dan berehat di kawasan lobi hotel. Banyak kerusi, meja disediakan dan yang paling penting sekali suis untuk charging handphone dan kamera. Sebelum tu, kami bertanya dan minta izin dengan pekerja di kaunter sama ada boleh berehat di situ memandangkan bas kami akan sampai lewat.

Nak ulas sikit tentang Paris, 2 hari 1 malam cukup bagi kami jalan-jalan sekitar Paris. Tempat-tempat yang menarik kami dapat cover within half day je. Tak rushing pun dapat cover semua. Melainkan kami merancang untuk ke Disneyland, memang tak cukup la 2 hari 1 malam :)


       

Bus stop dekat je dengan hotel ni, jalan kaki dalam 5minit je. Memandangkan suhu di luar agak rendah, kami decide untuk berada di sana jam 11.15malam, sementara tunggu tu memang menggigil kesejukan selama setengah jam :p

OuiBus memang on time sepanjang Eurotrip kami, 11.45malam semua penumpang dah berada di dalam bas. Bas kali ni agak besar dan kami booked dua seat dari depan. Kami akan sampai ke Geneva, Switzerland jam 6.30pagi keesokkan harinya.


Next destination, Switzerland.
Au revoir Paris :')



Paris Day 2
Arc de Triomphe - Les villages de noil
Champs-elysees




Salam.






No comments: