Sunday, October 01, 2017

London Part 3

Assalamualaikum, sambung cerita hari ketiga di London. Hari ni perlukan banyak tenaga sebab tempat-tempat yang kami pergi hanya lah berjalan kaki selain naik train. Banyak juga tempat nak cover memandangkan esok last day di London. Sobs. Sobs. Breakfast dulu di hotel ni. Entri kali ni agak panjang dan penuh dengan gambar hehe.

Before gerak, check dulu balance oyster card. Tinggal £5 je. Memandangkan esok last day di London, topup sikit je sebab tak nak membazir walaupun oyster card ni kita punya. Senang je topup kat mesin ni :)

Tempat pertama hari ni kami stop di Westminster Station. Banyak tempat menarik di station ni, paling menarik perhatian mesti lah Big Ben :p


      
Stop di Westminster Station ni, kami keluar thru exit 4. Keluar je jalan straight 3minit, sampai dah di Downing Street, bergambar jap depan rumah PM UK ni.


      
Dah bergambar depan rumah PM UK ni, kami patah balik dan berjalan semula 5 minit dah jumpa dah Big Ben. Big Ben tu nickname je, nama betul dia Great Bell of the clock dan dibina since 1859 (sila google for more info) :p


      
Wajib bersabar bila nak ambil gambar depan Big Ben ni, setiap masa penuh dengan pelancong. Depan Big Ben ni, jalan sikit 5-10minit, sampai dah ke London Eye :)

Tiket London Eye ni kami dah dapat sekali masa masuk di Madame Tussaud sebab kami beli combo (beli thru online). Jadi tak perlu pergi kaunter beli tiket, terus ambil giliran nak naik capsule tu je. Sangat menyenangkan dan murah bila beli online :)

Tunggu giliran naik capsule, capsule ni muat untuk 25 orang dalam satu masa dan ambil masa 30 minit ++ untuk satu pusingan lengkap. Bahagian dalam ni disediakan kerusi dan info tempat yang boleh dilihat dari London Eye.
 


       
 On top of London Eye :)

Selepas 1 jam lebih di London Eye, kami naik tube ke Tower Hill Station pula, yang menarik di sana ialah Tower Bridge. Mula-mula ingat tower bridge ni area Big Ben, rupanya di tempat lain.


Mula-mula akan nampak castle ni, jalan je terus then jumpa pintu masuk dalam gambar di bawah ni. Takde bayaran dikenakan, jalan sket dah jumpa dah Tower Bridge :)


Tadaa, dah jumpa dah Tower Bridge. Tower bridge and London bridge tak sama taw. 
Sila google. Hee.
Selepas penat jalan-jalan dan bergambar, kami balik ke hotel dan singgah beberapa kedai yang jual souvenir di area Bayswater. Beli di sini lebih murah berbanding di tempat lain. Beli awal sebab malam ni dah nak packing semua barang.


Macam biasa beli T-Shirt, fridge magnet and keychain :P

Memandangkan malam ni nak packing semua barang, maka saya dan en.suami bawa semua baju pi laundry. Nasib baik jumpa satu sama lorong dengan hotel. Ingatkan tak sejuk, keluar hotel pakai sandal tanpa stokin. Berhuhuhu la bila on the way ke laundry ni.

Masa sediakan itinerary, laundry ni kami dah siap siap masukkan sekali dalam bajet sebab tak suka bawa baju bucuk dalam bag :)

Esok pagi banyak lagi tempat dalam list yang saya dan en.suami belum pergi. Ada masa dalam 8jam macam tu untuk jalan-jalan sekitar London. *feeling sad*





London Day 3
Westminster Station - Downing Street, Big Ben, London Eye
Tower Hill Station - Tower Bridge
Baywater - Kedai Souvenir, Laundry.




Salam.





No comments: