Saturday, October 21, 2017

Paris Part 1

Assalamualaikum, hi, entri kali ni perjalanan saya dan en.suami di Paris, France. Kami naik OuiBus di London Victoria Coach pada jam 9.30 malam dan sampai di Paris Bercy Station jam 6.30 pagi  (selepas 9 jam perjalanan). 


Di Paris kami stay 2 hari 1 malam (09 Dec-10Dec) dan menginap di Ibis Styles Hotel Paris (inc Breakfast). Hotel ni betul-betul belakang bus station dan hanya 5-10minit berjalan kaki. Hotel ni kami dah booked 3 bulan sebelum perjalanan melalui Booking.com. Pilih hotel ni sebab dekat sangat dengan bus station dan mudah sikit nak gerak sana sini memandangkan Metro dia pun 5-10minit berjalan kaki.


Memandangkan kami sampai awal jam 6.30pagi dan check in sepatutnya 12tengahari, both of us dalam keadaan letih, then request untuk check in awal. Lega sikit dapat check in awal walaupun dikenakan extra charge 15 Euro, yang penting dapat rehat dan bersihkan diri. Hehe.


Train station di London kita panggil macam biasa railway station, di South Korea kita panggil Subway, dan di Paris pula dorang panggil Metro dan dalam map diorang guna simbol M je.

Kami bernasib baik sebab pada hari kami sampai di Paris, 9 Dec ialah last day Paris buat #stoppollution campaign. Semua public transportation adalah free. If not, kami akan spend about 81 Euro untuk Paris Pass. Alhamdulillah, alhamdulillah :) Jadi 1 hari ni kami akan cover 3 tempat menarik di Paris. Memandangkan tiket train semua free, kami tak belajar sangat sistem metro kat sini. See, happy sangat dapat free :p


Untuk first destination hari ni ialah Eiffel Tower. Selepas google sana sini, Metro yang paling dekat and nak dapat view Eiffel Tower yang cantik ialah Metro Trocadero. Sepanjang perjalanan dalam train ke Trocadero ni macam-macam ragam penumpang kami lihat, patutla dipanggil kota cinta, dalam train pun ada penumpang main alat muzik, suka suasana masa tu sebab macam romantik, eh tetiba :p


Di kawasan ni ramai mamat sebut 1 Euro dan dorang jual keychain. Mula-mula terkejut juga sebab ramai yang datang dan sebut 1 Euro..1 Euro. Mulanya tak layan pun sebab busy ambil gambar. Dah penat bergambar baru decide nak beli souvenir memandangkan esok dah last day di Paris. Keychain yang dorang jual lebih murah berbanding di kedai-kedai souvenir di Metro. Jadi kami pun beli la keychain dan fridge magnet dengan dorang ni :)


Di Eiffel Tower ni je kami habiskan masa dalam 3 jam, entah berapa banyak gambar kami ambil. Sambil tu kami berjalan sekitar Eiffel Tower dan lunch di park berhampiran. Makin dekat dengan Eiffel tower ni makin nampak hasil senibina dia yang lebih detail dan cantik. Kami bawa fon dan DSLR, sebelum bertolak ke Europe kami dah beli siap-siap tripod untuk handphone. Jadi senang sikit saya dan en.suami ambil gambar berdua. Tripod ni kami beli dalam RM60 thru online :)

Hasil gambar en.suami dan saya selepas 3 jam :p

Dari Eiffel Tower, kami naik Metro dan stop di Charles de Gaulle Etoile, tarikan di sana ialah Arch de Triomphe. Arch de Triomphe ni di bina since 1806-1836, menelan belanja hampir 9.3M French franc (gulp..banyaknya). Monumen ni dibuat masa pemerintahan Napoleon, sebagai tanda penghormatan kepada French army yang dah banyak menakhluk banyak tempat di serata Eropah masa tu.



Dari Arch de Triomphe, kami naik Metro dan stop Metro Palais Royal Musee de Louvre. Tarikan di sana ialah Musee de Louvre, salah satu muzium yang paling popular di dunia.



Louvre Pyramid ni direka oleh seorang arkitek yang bernama I.M Pei dan dibina pada tahun 1546. Masa tu pemerintahan King of France yang minat mengumpul hasil-hasil seni dan menjadikan de Louvre ni sebagai kediaman rasmi diraja. de Louvre juga diiktiraf sebagai muzium paling besar dengan memaparkan lebih 380k hasil seni dengan keluasan muzium  650k sq ft.

Entrance fee pun murah dalam 15 Euro. Siapa yang minat art, boleh la spend masa di sini :)




En.suami & The Louvre Glass Pyramid

Di Paris ni agak berhati-hati sikit especially tempat yang ramai pengunjung. Handbag or barang-barang yang penting jaga elok-elok. Nak tengok Eiffel Tower waktu malam tapi en.suami decide supaya berehat dan makan di restaurant halal berdekatan dengan hotel di Bercy. 


 Lupa dah macam mana kami habiskan semua makanan ni. Tup tup habis :p





Paris Day 1
Metro Bercy - Ibis Styles Hotel Paris
Metro Trocadero - Eiffel Tower
Metro Charles de Gaulle Etoile - Arch de Triomphe
Metro Palais Royal Musee de Louvre - Musee de Louvre








Salam.










Saturday, October 07, 2017

London Part 4


Assalamualaikum, Hi! Hari ni masuk hari keempat (terakhir..) di London. Malam tadi dah packed semua barang dan pagi ni sampai ke petang habiskan masa yang ada dan pound coin. Sebab balik Malaysia nanti money changer tak accept pun coin ni.

Pagi-pagi macam biasa breakfast di hotel, kali ni ambil masa sikit breakfast memandangkan ni hari terakhir di hotel. Rindu hotel ni. Dah la bersih dan selesa. Kenapa sedih ni. Cepat sangat sedih :p

Selepas breakfast kami decide untuk jalan-jalan di Portobello Road. Sebelah je dengan Bayswater. Walaupun sebelah je, penat juga la nak jalan kaki. Hehe. So nak pergi sini, stop di Notting Hill Station. Only 1 station from Bayswater Station.

Tarikan sini ialah Portobello market (selain building dia yang colourful). Tapi hari tu kami pergi market tak buka pun sebab ada construction dan kami hanya masuk ke dalam kedai2 sepanjang jalan di sini.


      



Selepas 2 jam bejalan, kami kembali ke hotel sebab jam 12pm nak check out. Mstay Hyde Park Hotel ni ada sediakan satu ruang di lobi untuk simpan barang-barang kita selepas check out. Tak dikenakan bayaran pun. Lega sikit sebab boleh jalan-jalan sehingga ke petang. Sebelum tinggalkan bag, pastikan semua ada tag dan berkunci ye :)

Next, kami pergi ke Buckingham Palace. Turun di Station St James's Park  Station. Dah sampai di station ni, jalan 10 minit jumpa dah palace.

        
 
Tak sure Queen Elizabeth ada kat dalam tu ke tak. Hehe. Dah puas bergambar, kami berjalan kaki ke St James's Park. Betul-betul sebelah kiri wing palace ni.


Ada map ni senang sikit nak jalan-jalan :)

Berhenti kejap beli Hot Chocolate then bergambar lah puas-puas sambil layan suhu sejuk :)

      


Layan ducks and geese pula. Nah, makan sikit roti ni, mesti lapar kan :p

      
Jalan-jalan then akan lalu satu jambatan kecik ni dan small cottage pula. Walaupun masa tu hujan renyai-renyai, kami ambil masa untuk berjalan dan tak rushing pun sebab nak explore park yang cantik ni. Selepas tu kami sampai di Horse Guards (building). Building ni dah lama dah dibina since 1750.



      
Dah puas bergambar dengan kuda dan abg guard, kami teruskan berjalan sehinggalah sampai ke Trafalgar Square.

      
Di Trafalgar Square ni pun boleh nampak Tourism Malaysia dan The National Gallery. Both tak masuk pun sebab masa tak mengizinkan :)

      
Dah puas berjalan, kami kembali ke hotel, berehat, bersihkan diri dan makan malam sekali lagi di Noodle Ooodle yang terletak di sebelah hotel je.

       

Jam 7.30 malam pula kami ke London Victoria Coach, naik OuiBus ke Paris tepat jam 9.30 malam.

      
Sempat tapau di Subway. OuiBus dah sampai dan bas kali ni agak besar berbanding bas yang sebelum ni. Ruang tempat duduk pun selesa especially untuk 9 jam perjalanan dari London ke Paris-Bercy Station.



Next destination, Paris. 
Good bye London :')




London Day 4
Notting Hill Station - Portobello Road
St James's Park Station - Buckingham Palace, St James's Park, Horse Guards (building), Trafalgar Square, The National Gallery
London Victoria Coach Station





Salam.









Sunday, October 01, 2017

London Part 3

Assalamualaikum, sambung cerita hari ketiga di London. Hari ni perlukan banyak tenaga sebab tempat-tempat yang kami pergi hanya lah berjalan kaki selain naik train. Banyak juga tempat nak cover memandangkan esok last day di London. Sobs. Sobs. Breakfast dulu di hotel ni. Entri kali ni agak panjang dan penuh dengan gambar hehe.

Before gerak, check dulu balance oyster card. Tinggal £5 je. Memandangkan esok last day di London, topup sikit je sebab tak nak membazir walaupun oyster card ni kita punya. Senang je topup kat mesin ni :)

Tempat pertama hari ni kami stop di Westminster Station. Banyak tempat menarik di station ni, paling menarik perhatian mesti lah Big Ben :p


      
Stop di Westminster Station ni, kami keluar thru exit 4. Keluar je jalan straight 3minit, sampai dah di Downing Street, bergambar jap depan rumah PM UK ni.


      
Dah bergambar depan rumah PM UK ni, kami patah balik dan berjalan semula 5 minit dah jumpa dah Big Ben. Big Ben tu nickname je, nama betul dia Great Bell of the clock dan dibina since 1859 (sila google for more info) :p


      
Wajib bersabar bila nak ambil gambar depan Big Ben ni, setiap masa penuh dengan pelancong. Depan Big Ben ni, jalan sikit 5-10minit, sampai dah ke London Eye :)

Tiket London Eye ni kami dah dapat sekali masa masuk di Madame Tussaud sebab kami beli combo (beli thru online). Jadi tak perlu pergi kaunter beli tiket, terus ambil giliran nak naik capsule tu je. Sangat menyenangkan dan murah bila beli online :)

Tunggu giliran naik capsule, capsule ni muat untuk 25 orang dalam satu masa dan ambil masa 30 minit ++ untuk satu pusingan lengkap. Bahagian dalam ni disediakan kerusi dan info tempat yang boleh dilihat dari London Eye.
 


       
 On top of London Eye :)

Selepas 1 jam lebih di London Eye, kami naik tube ke Tower Hill Station pula, yang menarik di sana ialah Tower Bridge. Mula-mula ingat tower bridge ni area Big Ben, rupanya di tempat lain.


Mula-mula akan nampak castle ni, jalan je terus then jumpa pintu masuk dalam gambar di bawah ni. Takde bayaran dikenakan, jalan sket dah jumpa dah Tower Bridge :)


Tadaa, dah jumpa dah Tower Bridge. Tower bridge and London bridge tak sama taw. 
Sila google. Hee.
Selepas penat jalan-jalan dan bergambar, kami balik ke hotel dan singgah beberapa kedai yang jual souvenir di area Bayswater. Beli di sini lebih murah berbanding di tempat lain. Beli awal sebab malam ni dah nak packing semua barang.


Macam biasa beli T-Shirt, fridge magnet and keychain :P

Memandangkan malam ni nak packing semua barang, maka saya dan en.suami bawa semua baju pi laundry. Nasib baik jumpa satu sama lorong dengan hotel. Ingatkan tak sejuk, keluar hotel pakai sandal tanpa stokin. Berhuhuhu la bila on the way ke laundry ni.

Masa sediakan itinerary, laundry ni kami dah siap siap masukkan sekali dalam bajet sebab tak suka bawa baju bucuk dalam bag :)

Esok pagi banyak lagi tempat dalam list yang saya dan en.suami belum pergi. Ada masa dalam 8jam macam tu untuk jalan-jalan sekitar London. *feeling sad*





London Day 3
Westminster Station - Downing Street, Big Ben, London Eye
Tower Hill Station - Tower Bridge
Baywater - Kedai Souvenir, Laundry.




Salam.