Saturday, September 30, 2017

London Part 2

Assalamualaikum, sambungan kisah di London. Disebabkan jet lag, pening kepala sket sebab terjaga tengah-tengah malam. Suhu di London sejuk sebelah malam je sebab masih early winter, semalaman kami biarkan susu dan jus di tingkap. Bangun pagi boleh minum di tepi tingkap sambil menghayati pemandangan luar bilik. 

Selepas breakfast, plan pertama kami hari ni ialah pergi ke Madame Tussaud's. Naik train dari Bayswater dan stop di Baker Street Station.

   
Keluar je dari station, belok kiri, jalan sikit, sampai dah di Madame Tussauds bila jumpa bangunan bentuk dome ni.

Untuk tiket masuk ke  Madame Tussauds ni en.suami dah siap belikan thru online. Kami pilih London Big Ticket + Two Attractions : Madame  Tussauds + Coca-cola London Eye. Harga tiket £40/person. Online ticket ni valid dalam masa 90 hari selepas pembelian. Dah sampai di sini, ada fast lane untuk customer yang dah beli tiket thru online, jadi sekejap je tunggu dah boleh masuk dah :)

  
Make sure sebelum datang sini caj penuh segala bateri handphone, camera, dslr :p

Siapa Madame Tussauds ni? Dia la yang buat wax scupltures ni. Nama betul dia Anna Maria "Marrie" Tussaud. Dalam museum ni terjumpa pula dia, en.suami acah-acah belajar buat scuplture :p

Mula-mula kami ingat Madame Tussauds ni kecil je, bila masuk dalam, seriously besar dan bertingkat-tingkat. Part last sekali ada tayangan 4D Marvel super heroes short film, best dan rasa berbaloi masuk sini, kami habiskan masa selama 2 jam di Madame  Tussaud dan next destination kami ke London King's Cross Railway Station.

  
Sampai je sini, cantiknya architecture dalaman dia. Pergi bahagian luar sangatlah lawa, macam duduk dalam istana. Tujuan ke London King's Cross Station ni, encik suami nak gambar terbang dengan troli Harry Potter tuh. Hehe. Platform 9 3/4 tu rupanya terletak opposite dengan London King's Cross Station, keluar dari bangunan, lalu je King Cross Square dan akan nampak bangunan dalam gambar di bawah ni. Masuk dalam bangunan ni pun, kagum sekali lagi dengan senibina yang dorang buat. Ohsemnya, bahagian luar building ni dorang masih kekalkan senibina lama dan pandai betul jaga till now. Bahagian dalam pula kebanyakan moden dan canggih :)

  
Building ni sangat la besar, rajinkan diri tanya if sesat :P jalan punya jalan jumpa la Platform 9 3/4 ni, disebabkan queue sangat panjang untuk bergambar dengan troli, maka saya dan en.suami pi masuk kedai dia untuk beli beberapa souvenir :)

  
Disebabkan ramai sangat yang bergambar, kami decide datang semula ke sini keesokkan hari. Sebelum balik kami singgah di Oxford Street, tempat ni memang untuk kaki shopping. Kami hanya jalan-jalan dan beli makanan untuk bawa balik ke hotel. Bab shopping kami simpan until last day di London. Buat masa sekarang, jalan-jalan yang penting :P


Station Notting Hill Gate hanya satu station dari Bayswater, sebelum balik hotel singgah sini kejap dan suami bawa ke satu kedai ni, Oxfam.

Di UK banyak kedai charity, salah satunya Oxfam. Kedai ni banyak jual barang second hand macam baju, buku, kasut, barang-barang hiasan di rumah dan tak kurang juga cenderamata handmade dari seluruh dunia. Sambil membeli boleh la kita menderma :)






P/s : Ambil masa 3 bulan baru rajin nak update :P jadi next entri 3 bulan lagi lah kot tak pun tahun depan. Haila.




London Day 2
Baker Street Station - Madame Tussauds London
London King's Cross Railway Station - The Harry Potter Shop at Platform 9 3/4
Oxford Street
Notting Hill Gate Station





Salam.