Sunday, June 11, 2017

London Part 1

Assalamualaikum, Hi! Entri kali ni sambungan perjalanan saya dan en.suami dari Amsterdam ke London. Perjalanan mengambil masa selama 9 jam 55 minit. 2 kali pemeriksaan immigration, dan naik ferry selama 2 jam. Kami sampai di London dalam jam 9 pagi dan Ouibus akan berhenti di London Victoria Coach Station.

www.anissara.com
Sampai di London Victoria Coach Station, saya beli Oyster Card. En.suami tak beli sebab dia masih simpan card dia sejak zaman belajar dulu (cehh..) Kami top up £30 seorang. Dah topup tu kami stretching sket badan sebab dok lama dalam bas dan kejap lagi nak bawa backpack berat. Tsk.. tsk.. :p

Kami pergi ke Victoria Station dan naik train ke Bayswater Station sebab kami akan menginap di Mstay Hyde Park Hotel selama 4 hari 3 malam (inc breakfast). Hotel ni 2 minit jalan kaki je dari Bayswater Station. Kami pilih Bayswater sebab ramai Malaysian selalu stay di area ni dan banyak kedai jual makanan halal serta jual souvenir yang murah. Dah book hotel ni 3 bulan sebelum pergi melalui booking.com. 

Gambar kenang-kenangan di Mstay Hyde Park Hotel :p

Lobi hotel

Pemandangan dari bilik hotel kami.

Selepas berehat, kami lunch di Noodle Oddle yang terletak di sebelah hotel je. Restaurant ni famous dengan masakan itik. Masa kami makan pon dorang mainkan lagu Siti Nurhaliza, feeling di Malaysia pula masa tu.

Wefie sebelum lunch :p

Baru sehari dah rindu nasi :p

Dah makan ambil masa rehat lagi di hotel. Jam 1.30 petang kami naik train ke Marble Arch Station. En.suami cakap nak bawa saya jalan-jalan di sekitar Hyde Park. Keluar je dari Marble Arch Station ni dah boleh nampak Hyde Park dan Winter Wonderland.

The view is breathtaking, enjoy the picturesque photos :)






Sebelum masuk area Hyde Park, memang saya dah excited dah nak masuk Winter Wonderland. Every year winter wonderland ni akan dibuka mulai bulan November hingga bulan Januari dan dibuka dari jam 10pagi hingga 10 malam. Masuk free :)

Selepas jalan-jalan di Hyde Park, kami masuk ke Winter Wonderland, excited macam budak-budak. Macam biasa before masuk memang security di sana akan buat pemeriksaan bag dan jangan lupa senyum :)






Selepas happy-happy di Winter Wonderland, kami balik ke hotel dalam jam 6 petang. Beza masa di London dan Malaysia, 8 jam. Malaysia dah tengah malam, saya dah mengantuk dah jam 5petang di London. Jet lag saya agak teruk sebab berlarutan sampai 1 minggu. Mengantuk sikit, suami dah kejutkan lol.




P/s : Cepatnya masa berlalu, hari ni dah masuk hari ke 15 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Baca satu ayat ni yang buat hati saya rasa sebak, buatlah amal sebaik mungkin umpama ni Ramadhan terakhir bagi kita. Moga dipermudahkan segalanya untuk kita semua. Amin.





London Day 1
London Victoria Coach Station
Bayswater
Mstay Hyde Park Hotel
Marble Arch Station
Hyde Park
Winter Wonderland



Salam.






Sunday, June 04, 2017

Amsterdam Part 1


Assalamualaikum, Hi! Entri kali ni dilemma nak bagi tajuk apa, sebab eurotrip hari tu pergi 14days macam tu, jadi nak buat sampai part 14??? fikir balik macam jauh lagi perjalanan nak buat semua entri. Nak buat sinopsis macam rugi pula sebab banyak tempat saya dan en.suami cover last year :p


Perjalanan kami bermula pada 3 Disember, dari Sabah ke KLIA, then dari Kuala Lumpur ke Amsterdam kami naik Qatar Airways selama 15jam, transit kejap di Doha.

   

Gambar kenang-kenangan di Hamad International Airport, Doha. Transit dalam 2 jam macam tu kalau tak silap, sempat solat dan bersihkan diri. Airport ni sangat la cantik :)


Paling saya suka naik Qatar Airways ni of course lah makanan dia yang sedap. 

Selepas 15jam perjalanan dari Kuala Lumpur kami sampai ke Amsterdam Airport Schiphol. Kami sampai di Amsterdam dalam pukul 12tengahari pada 4 Disember, dan ambil masa untuk bersihkan diri dan solat. Toilet sini free. Then baru lah, kami beli train ticket dari Amsterdam Airport to Amsterdam Central dengan harga €5,20 per person dan perjalanan dalam 15minit.

Dah sampai di Amsterdam Central, plan asal nak jalan-jalan sekitar bandar, tapi tempat simpanan bagasi agak pricey, so kami decide untuk bertolak terus ke Amsterdam Sloterdjik.

Ni train dari Amsterdam Central ke Amsterdam Sloterdjik. Dan harga train ticket ialah €3,20 per person dan masa perjalanan ialah 5minit je :)


Amsterdam Sloterdjik Station ni ialah tempat dimana kami akan menunggu OuiBus untuk perjalanan dari Amsterdam ke London. Memandangkan bas yang kami naik akan sampai malam. Kami jalan-jalan sekitar station ni, ada satu tempat ni memang khas tempat letak basikal. Kalau saya pun boleh jadi pelupa letak basikal kat mana. Hehe.


Memandangkan suhu di luar Amsterdam Sloterdjik Station ni makin sejuk, kami berehat di dalam station. Kerusi tidak disediakan di dalam station ni melainkan kita duduk di dalam mana-mana restaurant. Gambar di atas ni tiket masuk WC (toilet), dengan harga €0.50, bagi dorang 50sen je. Serious berbaloi bayar RM2++ sebab toilet dorang sangat la canggih dan bersih, tak ambil gambar sebab tak bawa handphone pun dalam toilet (rasa rugi sikit..) Next entri akan selit sket tentang toilet di negara-negara di Europe ni. Hehe :p

Saya dan en.suami cari satu sudut dan duduk di lantai then ada satu masa tu en.suami nak berdiri tapi macam tak larat (faktor kesejukan hee..) ada sorang local situ hulur tangan untuk bantu en.suami berdiri. See, benda sekecil macam ni boleh buat hati kita tersentuh.

Suhu sebelah malam makin sejuk dengan -4celcius, makin sejuk makin lapar, kami decide untuk menunggu di dalam Starbuck dan beli hot chocolate, makan energy bar dan roti.


Sepatutnya bas kami sampai jam 8.30malam. Cuak la juga sebab tak sampai-sampai pun. Pukul 9malam macam tu baru lah OuiBus sampai. Senang je, tunjuk tiket melalui handphone dan boleh simpan bagasi. Bas pun sangat la selesa.

Maka bermula lah perjalanan kami dari Amsterdam ke London.  Sepanjang perjalanan kami akan turun dua kali untuk pemeriksaan imigresen dan ada masa tu akan turun dari bas sebab naik feri. Di dalam OuiBus, pemandu akan bagi borang untuk diisi supaya mudah untuk diperiksa semasa di immigresen.

Memandangkan kami naik midnight bus, kerja kami adalah tidur je dan ambil masa yang ada untuk rehatkan badan. Perjalanan dari Amsterdam ke London mengambil masa selama 9jam 55min.



Day 1
Sabah - KLIA2
KLIA2 - KLIA
Amsterdam Airport Schiphol
Amsterdam Central
Amsterdam Sloterdijk Station







Next entri, London :)
Salam.








Tuesday, May 30, 2017

Persediaan bercuti ke Eropah.


Persediaan ke Eropah
(Entri agak panjang :p )

1. Pilih negara mana yang kita nak pergi
Di Eropah ada 26 negara dalam Schengen Area. Schengen area ni memudahkan kita nak masuk border mana-mana country (yang ada dalam senarai), first and last country kita masuk je perlu check/cop di passport. Bila nak pergi negara lain, tak perlu dah tapi kat border tu pegawai dorang check la juga passport untuk faktor keselamatan, pegawai tu tanya sikit je soalan, contohnya kita masuk dari negara mana, berapa lama visit country dia, kadang-kadang dorang ajak bersembang lagi tentang Malaysia, kalau dia ragu-ragu jawapan kita, banyak la soalan dia tanya. Boleh (klik sini) untuk info Schengen Area. Jadi, antara 26 negara tu, kami pilih 4 negara; United  Kingdom, France, Switzerland dan Netherlands.

Tips :  Perlu tahu jarak perjalanan antara country dan tempat yang kita nak pergi.

2. Passport dan tiket flight
Untuk trip kali ni kami naik Qatar Airways untuk penerbangan bulan Disember, en.suami free time tu je huhuhu. Kami beli tiket bulan Mac, 8 bulan lebih awal sebelum pergi. Pilih Qatar Airways sebab ada promotion masa tu dan yang paling penting masa transit dia tak terlalu lama. Beli tiket lebih awal bagi peluang kita save bajet untuk keperluan lain seperti hotel, makanan dan duit belanja. Dah beli tiket, sila check passport kita masih valid dan make sure renew awal. 

Tips : Boleh buat perbandingan harga tiket melalui Skyscanner, selalunya saya tak beli melalui Skyscanner, direct beli ke website penerbangan yang saya pilih. :p


3. Itinerary dan screenshot
Memandangkan kami jalan sendiri dan tak ikut mana-mana pakej perlancongan, dalam masa 8 bulan tu buat research banyak-banyak dan sediakan itinerary yang lengkap. Dalam itinerary ada senarai kedutaan Malaysia di sana, tempahan hotel, salinan perlindungan insurans, tempahan flight, tiket bas, tempat shopping souvenir, tempat jalan-jalan, tempat solat, mana restaurant yang sedap (eh?:p) dan lain-lain. Itinerary tu saya buat macam scrapbook, satu untuk saya dan satu lagi en.suami. Cara nak buat salinan lebih banyak, saya screenshot semua maklumat penting, sangat mudah masa jalan-jalan jadi tak perlu tengok buku 24jam. Sebelum bertolak di sana, sila download google map offline di semua tempat kita nak pergi. Rasa satu kelebihan bila guna Google Map Offline sebab saya dan en.suami tak beli simkad pun di sana. Masa jalan-jalan tak suka online and update 24hours, kalau tak ganggu mood menghayati suasana ecece :p

Tips : Buat summary perjalanan supaya senang nak tunjuk kat Pegawai Imigresen dan download Google Map Offline supaya tak sesat :p

4. Transportation
Route kami ialah dari Amsterdam (The Netherlands)London (UK) - Paris (France) - Geneva (Switzerland) - Amsterdam (The Netherlands). Perjalanan antara negara tu kami naik midnight bus except dari Geneva ke Amsterdam, kami naik flight EasyJet. Untuk bas, banyak pilihan di Europe, tapi kami pilih OuiBus selepas baca review yang baik mengenai bas ni, part saya paling suka bas ni ada free wifi dan soket untuk caj handphone di setiap tempat duduk. Tiket-tiket bas di europe ni beli secara online dan jadual perjalanan dibuka 3 bulan sebelum tarikh kita nak pergi. Saya pergi bulan Disember, jadi bulan September dah check website OuiBus ni untuk book siap-siap.

Tips : Kelebihan naik midnight bus, dapat save bajet untuk penginapan dan boleh rehat dan tidur, bangun je waktu pagi dah sampai dah ke destinasi lain. Masa perjalanan antara satu negara ke negara lain agak lama 7 - 8 jam, tapi OuiBus ni kerusi sangat selesa, ruang antara seat depan luas dan bersih. Ouibus - recommended! Sentiasa alert dengan jadual perjalanan bas sebab lebih awal kita beli, lebih murah harga tiket. 

5. Penginapan
Untuk penginapan, saya dan en.suami pilih hotel/hostel/rumah yang berdekatan dengan train/bus station, supaya dapat jimat tenaga sikit. Kan nak cover banyak tempat dalam sehari. Paling penting dekat dengan kedai dan restaurant. Masa sejuk cepat lapar, heaven bila dapat hotel yang inc breakfast:p Penginapan kami book melalui booking.com dan book awal sebab lebih murah, kami pilih betul-betul ikut bajet sebab bilik tu hanya untuk rehat, solat dan tidur je (tak elok membazir).

Tips : Pilih hotel yang berdekatan dengan train/bus station dan selepas book, sila print salinan booking untuk simpanan.

    
6. Tukar MYR kepada British Pound dan Euro & aktifkan Kad Debit / Kredit
Kepentingan buat itinerary ialah kita dapat buat peruntukan untuk setiap tempat kita nak pergi, mesti bajet betul-betul supaya senang dan tahu berapa jumlah duit yang nak ditukar. Di UK guna matawang British Pound, Amsterdam dan Paris guna Euro dan Switzerland pula guna Swiss Franc. Memandangkan di Switzerland boleh terima Euro, kami pilih Euro sebab susah cari matawang  Swiss  Franc di Sabah. Kami tukar 2 bulan sebelum pergi, bila sehari sebelum pergi matawang kita jatuh banyak.

2 bulan sebelum pergi :   1 British Pound : RM 5.32, 1 Euro : RM4.56
1 hari sebelum pergi : 1 British Pound : RM 5.99, 1 Euro : RM5.07

Tips : Kami prefer bawa cash dan simpan dalam akaun untuk emergency. Aktifkan kad debit dan kredit, call je bank yang keluarkan kad kita untuk aktifkan kad kita, kejap je dorang buat. Yang cash pula, en.suami beli Anti Theft Travel Wallet, boleh letak di pinggang dan bahagian dalam baju. IC dan passport pun boleh simpan dalam tu. Dalam wallet sebenar, letak je salinan IC dan sedikit not kecil :p


7. Backpack dan barang keperluan
Nak jadi ala ala backpackers, kami beli 2 backpack Deuter, balik Kuching masa raya ada promotion di Sport Direct, terus beli. Yang biru en.suami punya tapi dalam tu semua pakaian saya, saya pula beg hitam tapi pakaian en.suami sebab barang perempuan lebih banyak dari lelaki (sila setuju hehe). Masing-masing bawa 1 backpack, 1 sling bag, 1 hand luggage. Sling bag untuk keperluan dalam flight dan masa transit, hand luggage kami bawa segala bekalan makanan. Benda wajib bawa kalau flight lama ialah pillow neck, banyak barang travel kami beli di Daiso or Kaison sebab murah dan senang dibawa. Selain tu, kami beli sejadah dan towel travel melalui online. Backpack ni boleh google cara nak lipat dan simpan pakaian supaya beg lebih ringan, kalau silap cara packing memang sakit la bahu dan bahagian belakang badan. 

Tips : Buat senarai barang yang nak di bawa, buat 2-3 kali check balik senarai, dah naik flight tak boleh dah suruh pilot patah balik :p


8. Pakaian dan kasut
Memandangkan kami pergi selama 14 hari pada musim winter, masing-masing bawa 2 set long john, 1 down jacket,1 sweater, 1 glove dan 5 pasang stokin. Saya prefer down jacket sebab suhu di Amsterdam dan Switzerland suhu jatuh -ve pada waktu malam. Saya bawa satu down jacket dan sweater biasa je sebab dua pakaian ni memang ambil banyak ruang dalam bag. Down jacket (dalam gambar di atas) saya beli di Universal Traveller, ada hidden hood, fur collar, two-sides inner chest pockets (boleh simpan passport dan cash), boleh digunakan pada suhu -20celcius sehingga 10celcius dan berat 1 down jacket ni je almost 1kg (980gram). Selain tu, beli stokin yang diperbuat dari wool to keep your feet warm, if cotton socks memang nangis la juga if suhu -ve. Untuk kasut pula pilih tapak kasut yang sesuai dan kasut kalis air sebab masa winter jalan agak licin (elak tergelincir) dan basah/kotor. Silap pilih kasut, memang sakit seluruh kaki dan paling teruk melecet. 

Tips : Untuk pakaian, saya dah siap letak dalam itinerary mana laundry yang berdekatan dengan hotel,  sepanjang 14 hari kami cuci 4 kali segala baju, stokin, tudung (tak suka beg busuk :p) dan untuk kawal rasa sakit kaki lepas berjalan, sila bawa siap-siap pain relief patch dalam beg :p


9. Keperluan lain
Keperluan lain dalam senarai saya ialah makanan, prefer energy bar, coklat, maggi (wajib), serunding daging, coffee, milo dll. Kami bawa 2 container saiz sederhana supaya senang makan hehe. Cara nak simpan container dalam backpack, penuhkan container dengan coklat-coklat/ charger handphone/ paket ubat. Jimat space! Selain tu, tak boleh jangka keadaan kesihatan depends dengan cuaca dan pemakanan kita, anytime boleh jatuh sakit, bawa eye drops, ubat demam/selesema, ubat allergic dan oral dehydration salt. Alhamdulillah kami sihat sepanjang 14 hari di sana.




P/s : Rujukan banyak dari buku I'm A Backpacker : Europe by Khairul Abdullah, banyak tips penting dari buku ni yang membantu kami dan of course, carian melalui Mr Google serta blogger yang lain. 







 Next time sambung entri lain, salam Ramadhan :)







Sunday, May 28, 2017

Travel.



Travelling : it leaves you speechless, then turns you into a storyteller. - Ibn Battuta.




Last trip saya dan en.suami ialah 15jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke  Amsterdam, 4 negara dalam masa 2 minggu. Ada masa nanti sambung entri Eurotrip kami, insyaAllah :)




Selamat berpuasa. Salam :)






Wednesday, May 24, 2017

Sacrifice.


- R E M I N D E R -


"It's easy to feel love. It's even easy to speak it. But to commit yourself to the work, risk and sacrifice required to show love, to live out the actions required to be true that love - that requires real courage. That is true strength." - Yasmin Mogahed.




---





Monday, May 22, 2017

Perfume.



My current obsession is Sassy by Simplysiti



Lupa dah harga, if x silap below RM40, bau pun soft je & tahan lama,
Hehe, dah dua kali repeat. Cute je ada ribbon :p
 Recommended! :)





Sunday, May 21, 2017

Habuk.



Lamanya tak update blog *nangis*
Yang draf pun banyak tak publish lagi,
Mana perginya rajin macam zaman belajar dulu-dulu,
Sesungguhnya masa mencemburui kita,
InsyAllah lepas ni rajinkan diri update blog :p



Letak gambar ABC ni sebab minggu depan dah masuk bulan Ramadhan, selamat berpuasa :)




Salam.