Thursday, June 30, 2016

Langkawi Part 3.


Assalamualaikum, Hi! Nak sambung kisah di Langkawi. Selepas pergi ke pulau-pulau sekitar langkawi, sebelah petang saya dan en.suami pergi ke Underwater World. Sebelum ni pergi dengan parents tak sempat pula nak masuk. Memandangkan sebelah bangunan underwater world ni tempat shopping, jadi kena pandai dan sabar sket cari tempat parking. Entrance fee RM33 seorang. Nasib baik sempat tengok pertunjukan penguin tengah makan-makan :p


Rockhopper (Sc. name : Eudyptes moseleyii)
 Sekor ni berenang-renang depan saya, comel je bulat




Masa mula-mula datang ke Langkawi ni, ada juga tanya dengan Puan Shazmiera kat mana tempat makan yang sedap dan dia cadangkan untuk try Laksa Kaw Ikan Sekoq. Senang je nak cari tempat ni, betul-betul tepi Lapangan Terbang Langkawi. Kami pergi sebelah petang jam 5 macam tu. Ramainya orang makan kat sini. Makan sambil menghadap laut. Best :)
    

 
Tadaaaa, Laksa kaw ikan sekoq. Sedap!

Dah makan-makan, kami pergi cari replika helang ni. Sedih sikit sebab masa kami pergi ada construction pula bahagian depan helang ni, dapat amik gambar dari tepi je, sobsss. Sebelum balik ke hotel, kami beli sket souvenirs untuk family :)


Next entri kami pergi ke Panorama  Langkawi Skycab  Cable Car, nnti sambung lagi :p


Assalamualaikum.

No comments: