Wednesday, June 29, 2016

Langkawi Part 2.


Assalamualaikum, Hi! Entri kali ni entri banyak gambar, biarlah gambar berbicara.  Eh :p Entri ni sambungan hari kedua di Langkawi. Actually dah pergi Langkawi 6 tahun lepas (tahun 2010) dengan family. Banyak perubahan especially sepanjang pantai Cenang ni. Banyak hotel dan kedai-kedai pun bertambah. Rindu masa pergi dengan keluarga. Oh lupa nak tambah, pakej percutian yang kami pilih ni include transportation ke pulau-pulau sekitar langkawi ni. Pakej under Puan Shazmiera ni (Hotel inc breakfast + Kereta + Pulau-pulau sekitar Langkawi).

Suasana breakfast di hotel, boleh duduk di pantai. Puan Shazmiera dah explain dah a day before macam mana nak pergi ke Pulau. Tak jauh dari Sandy Beach resort ni, lebih kurang 5minit jalan kaki, kami sampai di AB Travel Station ni. Dah daftar, kami akan diberi pelekat, boleh lekat di baju/tudung. Tak tanya harga transportation ni sebab dah inc dalam pakej. Dari AB Travel station ni, kami naik van, dan dalam 10-15minit kami sampai di jeti. Ramainya pelancong time tu, take time juga ambil giliran untuk naik bot.


 Macam zizang, but itu bukan zizang :p

 Ni bot-bot yang bakal kami naik hehe

 Pulau pertama kami pergi, Pulau Dayang Bunting. Dari Jeti ke sini ambil masa 15minit. Gambar di atas ni seperti seorang wanita mengandung :)

Dah sampai di Pulau Dayang Bunting, kami naik bukit (bukit ke? :p) sikit dan ada trail yang disediakan, sebab stamina tak berapa nak fit, 10minit camtu sampai dah ke tasik yang cantik ni, tak mandi pun sebab tak reti berenang. Ada jaket keselamatan but still penakut. Hehe. Suami cakap agak dalam tasik ni, nasib baik tak turun join dia (alasan?). Jadi, tengok en.suami dan pelancong-pelancong lain je mandi :p

Selepas 30 minit, kami dibawa pula ke satu tempat ni, lupa dah nama tempat ni tapi seriously banyak burung helang. Asal usul nama langkawi ada kaitan dengan burung helang ni :)


Selepas 10 minit kami singgah pula ke Pulau Beras Basah. Kat sini pun tak mandi sebab lebih suka menikmati pemandangan. Kat sini ada pondok jual makanan dan minuman, dan paling best banyak monyet and the gang. Jadi kena hati-hati jaga beg dan pakaian semua. Saya dan en.suami duduk je di satu meja ni dengan satu family lain, tengah kami sembang-sembang, beg sorang pakcik ni diambil oleh si monyet and the gang. Err, pandai monyet tu ambil sandwich. Kesian pula tengok pakcik tu.



Kami gerak dari AB Travel Station jam 9 pagi dan balik semula ke Jeti dalam jam 1.30 tengahari. Seriously best & ohsem. Balik hotel, rehat, lunch dan solat. Sebelah petang pula kami pergi ke Underwater world. Next time sambung cerita lagi. Bai! :)






No comments: