Wednesday, June 22, 2016

Langkawi Part 1.


Assalamualaikum, sambung cerita selepas jalan-jalan dengan adik di Sepang. Petang tu flight kami dari Kuala Lumpur ke Langkawi. 2 bulan sebelum bercuti, saya cari pakejj yang disediakan. Jumpa satu page di Fb ni yang buat pakej hotel dan kereta sewa. Nama owner dia, Shazmiera.

Actually boleh je book asing-asing tapi pilih pakej macam ni sangat menyenangkan, tak perlu contact orang yang berlainan. 2 in 1. Owner yang buat pakej ni senang berunding siap tanya lagi nak bilik yang macam mana, nak dekat dengan laut ke, jauh dari laut ke.. Puan Shazmiera pun sediakan pakej untuk pasangan yang honeymoon, sambut anniversary dan lain-lain.

Lain pakej, lain harga ikut permintaan dari kita. Jadi saya pilih pakej hotel 3hari 2malam inc kereta sewa. En.suami cakap oke (green light!) :p


 



Dah sampai di airport, Puan Shazmiera dan suami dia serahkan kereta sewa Myvi dan hantar kami ke hotel. Hotel kami betul-betul depan Pantai Cenang. Bangun pagi boleh terus ke pantai. Excited!

Jadi 3 hari 2 malam (3-6 Jun) di sini kami stay di Sandy Beach Resort (pakej ni inc breakfast). Bilik pun sangat selesa. Sepanjang pantai memang banyak kedai makan. Jadi lokasi hotel ni sangat strategik, paling happy bila nampak stall burger depan hotel.

Memandangkan letih tunggu flight ke Langkawi, malam tu kami hanya jalan-jalan sekitar hotel dan shopping sikit. Nanti rajin, sambung cerita lagi. :p






Bai.






No comments: