Saturday, May 21, 2016

Happy Teacher's Day.



16th May. Awal pagi dah pergi kedai bunga. Dalam perjalanan, tak tahu nak bagi macam mana kat en.suami, tinggalkan je di pondok pakcik guard sekolah. Terima kasih banyak banyak pak cik. Last year bagi bunga 3 kuntum. Jadi tahun ni bagi sejambak :p 




Happy Teacher's Day en.suami, thank you ajar saya English :p






Saturday, May 07, 2016

Pengurusan Jenazah.


2 bulan lepas, saya mengikuti kursus pengurusan jenazah bersama staf satu department. Sebelum ni langsung tak pergi mana-mana kursus macam ni. Jadi ambil peluang ni untuk belajar. Kriteria orang yang menguruskan jenazah ni perlulah ada sikap berani, sabar, amanah dan mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup. Dalam kursus ni juga kami belajar bagaimana mengendalikan jenazah yang mempunyai penyakit HIV. Selain tu, kami dibahagi juga kepada beberapa kumpulan, kami belajar sukatan kain kafan dan peralatan lain yang perlu ada.





Sebelah petang, kami belajar pula cara mnguruskan jenazah perempuan. Buat praktikal sekali. Dah selesai belajar, kami dalam kumpulan sediakan kain kafan mengikut sukatan. Dan bahagian kursus yang menyedarkan diri kami, bila kami sendiri menguruskan jenazah-jenazah yang tidak dituntut di hospital. Perasaan sedih dan insaf menyelubungi hati. Dalam Islam, menganjurkan umatnya (sunat) supaya mengingati kematian, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya. Belajarlah, kerana ilmu seperti ini kita akan guna kan juga suatu hari nanti :)






Assalamualaikum.