Saturday, April 02, 2016

Seoul Part 7.


Hari ke-7

Hari ni hari terakhir saya dan encik M di Seoul. Hari terakhir kami santai sikit dan ambil masa beli souvenir untuk keluarga dan rakan-rakan. Kami jalan-jalan dan explore kedai-kedai di area Namdaemun Market dan Itaewon.
Jongno3(sam)-ga ni la station yang kami mula dan akhiri setiap hari, dekat dengan Beewon Guest House.

Rambang pilih souvenir. Di Korea ni saya dan encik M minat sangat dengan sudu korea. Beli 3 set bawa balik hehe. Kedai jual souvenir murah-murah banyak di area Namdaemun Market. Nak beli kena pandai masuk mana2 kedai then buat perbandingan dan kena pandai tawar menawar. Kedai uncle ni saya dan encik M tawar menawar melalui kalkulator je. Tiap barang yang kami beli, dia akan suruh pilih free gift. Lupa nama kedai ni, masuk mana2 kedai cuba orang yang seiras ngan pakcik ni, k. Hehe :P


Tengah jalan-jalan cuci mata, jumpa kedai kebab. Excited bila jumpa makanan halal di area Namdaemun Market. Kebab di Korea ni selalunya KRW4000 / KRW5000 (RM17+ / RM19+), saiz sangat besar dan mengenyangkan, tapi saya dan encik M tak suka beli satu je, wajib beli 2 sebab musim sejuk cepat lapar. Hehe :P

 Ni area Hongdae, kat sini banyak jual stokin comel-comel. Cuma KRW1000 je (RM3.80) sepasang. Bawa budak-budak mesti dorang suka ni :P

Sambil jalan-jalan, encik M bawa saya masuk kedai alat tulis di area Namdaemun Market ni. Ada satu kedai ni sampai 4 tingkat inc underground. Dan setiap aras, lain-lain pilihan alat tulis dan kelengkapan sekolah. Rambang mata. Tapiii sayang, kami khusyuk sangat pilih alat tulis, lupa nak ambil gambar dalam kedai :P

Selain souvenir dan alat tulis, di Namdaemun Market ni banyak jual barang secara borong seperti T-Shirt, Stokin dan lain-lain. Saya pernah borong stokin untuk kerja di sini. Sangat la murah. KRW2000 (RM8) untuk 3 pasang. Saya beli 12 pasang sebab kualiti sangat la osem. Suka makcik-pakcik di sini, jumpa je ucap anyeonghaseyo.


Sebelum balik, saya dan Encik M singgah lagi di Makan Restaurant area Itaewon. Ni last meal sebelum kami berangkat ke airport malam nanti. Lupa nama menu ni, yang penting semuanya sedap dan rasa sangat berlainan dengan masakan kita :)

Sebelah malam pula kami berangkat ke Incheon Airport dan bermalam di sana sebab flight balik ke Malaysia awal pagi keesokkan hari. 

Gembira sangat sebab tempat-tempat yang kami lawati di Seoul ni sangat la menarik dan banyak belajar budaya dorang. Dan alhamdulillah perjalanan kami sepanjang di sini berjalan lancar dan diberi kesihatan yang baik.

Banyak kenangan indah di sini, makanan yang sedap, rakyatnya yang peramah dan sangat membantu especially bila saya dan encik M sesat jalan dan setiap tempat yang kami pergi, kami ambil masa untuk melihat budaya dan rasa syukur atas setiap nikmat yang diberikan.

InsyaAllah lain masa, panjang umur dan murah rezeki, kami akan pergi ke Busan dan Jeju pula :)


Good bye Korea, you will be missed




Assalamualaikum.





No comments: