Saturday, April 16, 2016

Bohey Dulang, Semporna.



21 Februari 2016 lepas saya dan encik M decide untuk pergi pulau di Semporna, lama dah rancang nak pergi tapi tak ada peluang pun dan nasib baik salah seorang staf bagi phone number boatman yang boleh kami hubungi, Encik Ah Man. Kebetulan kami walk-in beberapa hari sebelum weekend dan alhamdulillah kami sempat join dengan group lain. Satu bot 12 penumpang. Pagi 21hb tu kami berkumpul di Jeti Semporna jam 8.30pagi. Pukul 9 pagi bot pun bergerak selepas boatman uruskan permit kebenaran untuk memasuki pulau. Hari ni kami pergi ke 3 pulau, bawah ni program kami,

i) Pulau Bohey Dulang
- Naik bukit.
ii) Pulau Matabuan
iii) Pulau Sibuan 
- Snorkeling
- Makan tengahari.


Pulau Bohey Dulang


Sebelum sampai di Bohey Dulang, boat akan berhenti sekejap di kawasan air yang jernih ni. Bila stop macam ni, sila ambil gambar banyak-banyak :p Group lain ada yang cikgu dan ada juga beberapa orang yang kursus di Tawau dan ambil masa kejap pergi ke pulau-pulau di Semporna ni :)

 Ni gambar sebelum kami bergerak di Jeti Semporna. 

 Lupa dah berapa minit dari Jeti Semporna, selamat sampai di Pulau Bohey Dulang yang indah ni.
Sebelum naik bukit Bohey Dulang, kena tulis nama dulu. Hari tu saya mabuk laut, pening dan muntah, tak dapat naik bukit Bohey Dulang. Thanks encik M. Disebabkan tak dapat naik, maka saya dan encik M amik gambar banyak-banyak sementara tunggu group lain turun bukit. 

 Seriously lawa, apatah lagi pemandangan dari atas bukit :)


Pulau Matabuan
Selepas pergi ke 1 jam setengah di Pulau Bohey Dulang, kami bergerak ke Pulau Matabuan. Di sini kami boleh lihat perkampungan di atas laut, penduduknya dari suku kaum Bajau Laut (Sea Gypsies).

 Masa ni boatman kami, Ah Man explain tentang Matabuan Island ni :)

Adik-adik kecil ni osem ok, selepas amik gambar ni, adik ni terus lompat berenang pergi ke bot kami :) Kami tak bawa apa-apa, dapat bagi adik kecil ni gula-gula je sobsobsss


 Selepas 1 jam di sini, kami bergerak ke Sibuan Island pula untuk aktiviti seterusnya, snorkeling! :)

Pulau Sibuan


 Ah Man yang bawa beg tu :p


 Di Sibuan Island ni, kami disediakan makanan tengahari dan selepas tu diberi masa 1 jam untuk snorkeling. 

Pakej semua pulau ni ;
termasuk tiket masuk,
makanan tengahari (di Sibuan Island),
Snorkeling gear dan jaket keselamatan.


Hari yang sangat ohsem sebab berpeluang melihat keindahan ciptaan Allah. Mengenai keselamatan di pulau-pulau ni, alhamdulillah setiap pulau dijaga oleh anggota-anggota tentera. Yang penting, naik bot yang mempunyai permit dan selalu bergerak dalam kumpulan :)


Moga next time berpeluang lagi ke Bohey Dulang. Sedih tak dapat naik bukit. Petua sorang akak staf tempat saya kerja, if mabuk laut, on the way tu minum sikit air laut, mesti tak pening-pening dah. Next time nak try! :p 



Happy walaupun balik dengan muka gelap, jangan lupa pakai sunblock, oke ?





Sayonara Semporna :)






No comments: