Saturday, March 19, 2016

Seoul Part 6.


Hari Ke-6

Myeong-dong
Tak berasa masa berlalu, dah masuk hari keenam di Seoul. Rutin pagi kami breakfast di guest house, bawa siap-siap makanan dari Malaysia. Plan kami hari ni ke Myeong-dong, tempat paling digemari oleh kaum hawa yang mementingkan kecantikan. Naik subway berhenti di Myeong-dong Station (Line 4. Exit 5).

   

Jalan-jalan sekitar Myeong-dong. Tak tahu nak masuk kedai yang mana dan barang kosmetik sangat la banyak. Then, kami makan tengahari di Eomoni Jib di area Myeong-dong ni tapi kami stop kejap sebab tanya Tourist Police kat mana restaurant ni :P

Eomoni Jib ni agak tersorok, thanks to tourist police. Eomoni Jib Restaurant tersenarai sebagai restaurant halal oleh Korea Tourism Organization (KTO), Korean Food Guide for Muslim (Klik sini)





Telur goreng ni dicampur dengan kucai dan seafood, balik Malaysia terus nak buat menu ni. Side dish macam biasa ada kicap, tauge, kimchi, seaweed :)


 Disebabkan itinerary hilang, lupa dah nama menu ni. Harga less than KRW25000 untuk 2 orang :)

Lotte World Theme Park
Seterusnya, kami pergi ke Lotte World Theme Park. Cara pergi sini, naik subway berhenti di Jamsil Station (Line 2, Exit 4). Plan asal nak pergi ke Everland tapi masa tak mengizinkan.
        Ambil gambar di hadapan mall & luar theme park.



 Adik-adik ni pun buat lawatan ke theme park. 

Memandangkan kami sampai di sini jam 3.30petang, kami akan masuk jam 4 dengan entrance fee berharga KRW38000 seorang. Gambar di atas ni senarai harga mengikut jam-jam tertentu :)


The World's largest indoor theme park (a Guinness World Record). Seriously..osem :)











Masuk jam 4petang pun boleh cuba banyak game, cuma kena banyak bersabar tunggu giliran untuk setiap game tu.. hehe.. :)  Kami balik pukul 9.30malam. Letih & happy :)

Hari Keenam
Subway : Myeong-dong Station
1. Myeong-dong (Line 4. Exit 5).
2. Eomoni Jib Restaurant
Subway : Jamsil Station
3. Lotte World Theme Park (Line 2, Exit 4).




Assalamualaikum.




No comments: