Saturday, March 05, 2016

Seoul Part 5.


Hari Ke-5

Hari kelima ni, kami akan pergi ke Palace. Di Seoul ni ada 5 Palace, tapi kami singgah ke Gyeongbokgung Palace je sebab masa tak mengizinkan.

Gyeongbokgung Palace
Kami bergerak awal pagi sebab nak tengok Sumunjang (Royal Guard) Changing Ceremony. Naik subway dan berhenti di Gyeongbokgung Station (Line 3, Exit 5).

 Cuaca pagi tu hujan renyai-renyai :)

 Entrance Fee ke Gyeongbokgung Palace ni KRW3000 seorang.


Gyeongbokgung Palace ni Istana Diraja yang utama pada zaman Dinasti Joseon. Dibina pada tahun 1395. Gambar dibawah ni Royal Guard Changing Ceremony. Ceremony ni berlangsung selama 20minit.

Boleh lihat di sekeliling luar istana penuh dengan bangunan tinggi. Sangat kagum kerana mereka masih menjaga istana ni dengan baik.  Istana di tengah-tengah bandar yang pesat membangun, osem oke..osem :)




Royal Banquet Hall

Ewha Womans University
Selepas 1 jam di kawasan istana, kami singgah pula ke Ewha Womans University. Cara nak pergi sini, naik subway stop di Ewha Womans University Station (Line 2, Exit 2). Yang menarik perhatian saya mengenai universiti ini ialah landscape nya yang unik dan cantik :)

 Salah satu sebab pergi sini, of course lah salah satu scene dari program Running Man :P

Ewha Womans University ni memang dibuka untuk pelancong dan bahagian pintu masuk je kita akan dijemput untuk melihat video mengenai universiti ini. Di Welcome Center ni kita akan di beritahu mengenai kawasan-kawasan yang boleh dilawat oleh pelancong :)

 Pemandangan  pertama sewaktu masuk ke Ewha Womans Univ.

Bangunan ini direka oleh Dominique Perrault dengan keluasan 66000sq m dan mempunyai 6 tingkat. Dalam bangunan ni kafeteria, classroom, exhibition space dan lain-lain. Nampak tak nombor pada pintu di dalam gambar di bawah. Untuk pelancong, hanya pintu tertentu sahaja dibenarkan masuk, taklimat diberikan di bahagian welcome center tadi :)



 Ni bahagian dalam bangunan.


Kami lunch di kafeteria di sini dan bahagian luar Ewha Womans University ni banyak kedai yang menjual beg dan pakaian. Rambang mata jap. Saya sempat beli baju 2helai dengan harga KRW5000 sahaja setiap satu dan encik M beli beg kerja dia :P Jadiii, boleh lah masukkan Ewha Womans Univ. ni sebagai salah satu tempat shopping. Hehe.


Beli Fresh Fruit Candy ni, KRW1000 sahaja. 
Yang manis di luar saya bagi Encik M habiskan, saya ambil buah je :P

Namdaemun Market
Selepas jalan-jalan di Ewha Womans University kami, kami nak beli souvenir untuk keluarga dan kawan-kawan. Cara nak pergi sini naik subway dan stop di Hoehyeon Station (Line 4, Exit 5/6).

 Namdaemun Market

 Ni bahagian pasar basah.



 Banyak street food seperti yang kita lihat dalam tv :)

 Beg comey2 :)


Hujan renyai-renyai ditambah dengan angin rasa macam duduk dalam fridge dan laparnyaaaa  >.<

Itaewon
Disebabkan suhu makin sejuk dan banyak bergerak hari ni, kami singgah di Itaewon lagi. Kali ni kami makan di Eid Halal Korean Food. Naik subway stop di Itaewon Station (Line 6, Exit 3).

Harga dua set ni lebih kurang KRW25000 untuk 2 orang :)

Selepas makan dan rehat, kami jalan-jalan di sekitar Itaewon dan terjumpa satu kedai comel ni, Line Friends Flagship Store. Dalam ni ada cafe dan jual bermacam-macam souvenir bertemakan Line App. Dibenarkan ambil gambar di dalam kedai ni :)



   




   

 

  Line Friends Flagship store ni dibuka dari jam 11.30 pagi sehingga 10 malam.

Cheonggyecheon Stream
Selepas cuci mata sekitar Itaewon, kami nak menikmati pemandangan dan berjalan-jalan sepanjang Cheonggyecheon Stream. Nak pergi sini naik subway, berhenti di Gwanghwamun (Line 5, Exit 5).

 Masa kami pergi ni pekerja-pekerja tengah buat perhiasan untuk perayaan christmas nanti :)

Cheonggyecheon stream ni sangat panjang iaitu 8.4km dan mempunyai 22 jambatan. Saya dan encik M lalu dua jambatan then duduk sebentar menghayati suasana malam.

Post kali ni sangat panjang sebab banyak tempat kami nak cover hari kelima ni. Next time saya sambung lagi :P

P/s : Sedih sebab itinerary asal hilang -____-





Hari Kelima
Subway : Gyeongbokgung Station
1. Gyeongbokgung Palace (Line 3, Exit 5)
Subway : Ewha Womans University Station
2. Ewha Womans University (Line 2, Exit 2)
Subway : Hoehyeon Station
3. Namdaemun Market (Line 4, Exit 5/6).
Subway : Itaewon Station 
4. Eid Halal Korean Food (Line 6, Exit 3)
5. Line Friends Flagship Store
Subway : Gwanghwamun
6. Cheonggyecheon Stream (Line 5, Exit 5)






Assalamualaikum.


No comments: