Saturday, February 20, 2016

Seoul Part 4.


Hari Ke-4

63 Building
Hari keempat pula kami plan untuk menikmati pemandangan Seoul dari 63 Building. Nak pergi ke 63 building ni naik subway dan berhenti di Yeouido Station. Then naik bas 62.
 First time naik bas di Korea, boleh guna T-Money. 
Nanti bas akan beritahu station mana dia akan stop, so tak perlu risau :)



63 Building ni dibuka pada tahun 1985 dan ketinggian bangunan ni ialah 249 meter.


Plan asal kami nak masuk ke 63 Sea World and 63 Wax Museum tapi hari tu ditutup pula sebab construction. Dan yang dibuka hanya 63 Sky Art. Tiada pilihan, kami pilih Sky Art Gallery dengan bayaran masuk KRW13000 seorang.

Selepas melihat lukisan-lukisan di Sky Art Gallery ni, kami menikmati pemandangan Han River dan sekitar Seoul dari tingkat paling atas bangunan ni.




Nampak tak bot itik dalam gambar atas ni? :P Kejap lagi nak naik bot itik. Running Man pun kerap buat penggambaran di Han Rriver ni :)

 Keluar dari 63 Building straight je jalan ke arah Han River.


 Happy jumpa Duck Boat ni :P

Sebab tak reti tulisan Korea. Kami ingat perlu bayar KRW15000 seorang, rupa-rupanya sewa 1 Duck Boat tu KRW15000 sahaja selama 40minit. Jimat $ jika naik 4 orang :)




 The Han River or Hangang.

 
 Saya nak rehat, thanks Encik M :p

Selepas naik duck boat ni, kami berjalan sepanjang Han River ni. Nak sewa basikal tapi kedai banyak yang tutup. 


Itaewon
Sebab perut dah lapar sangat, kami plan ke Itaewon. Kat sana banyak kedai makanan yang halal. Naik Subway berhenti di Itaewon Station.

 Itaewon Street


Set makan macam ni untuk dua orang lebih kurang KRW25000. Lupa dah nama menu, yang penting rasa makanan ni sedap sangat :)

Dongdaemun Market
Selepas makan, kami pergi shopping sikit di Dongdaemun market. Kebanyakan kedai sini jual barang borong. Nak pergi sini boleh naik subway berhenti di Dongdaemun Station.



Dah letih cuci mata shopping baju, berehat kejap. Kami siap-siap beli kebab di Itaewon. Harga kebab KRW5000 dan saiz sangat besar. Boleh kongsi 2 orang.



Balik hotel, sempat main dengan kucing milik owner hotel. Ada dua ekor. Lupa dah nama kucing ni.


Waktu pagi pernah culik kucing ni kejap main dalam bilik sebab comel sangat :p

Hari Keempat 
Subway : Yeouido Station
Shuttle Bus : Bus 62
1. 63 Building (Line 5, Exit 5)
Subway : Itaewon Station
2. Itaewon (Line 6, Exit 3)
Subway : Dongdaemun
3. Dongdaemun Market (Line 1&4, Exit 8/9)





Assalamualaikum.

No comments: