Saturday, February 06, 2016

Seoul Part 3.


Hari Ke-3

Nami Island
Hari ketiga plan kami ke Nami Island dan Petite France. Hari ni lambat sikit bergerak sebab kaki sakit naik bukit Namsan kelmarin. Kami naik subway dan stop di Gapyeong. Perjalanan dari hotel kami (Jongno-3-ga) ke Gapyeong mengambil masa selama 1 jam 43 min. Kos perjalanan KRW4000/seorang untuk round trip.

Sepanjang perjalanan, kami tukar 2 kali train. Dan paling buat saya kagum, ramai pakcik dan makcik korea ni lengkap berpakaian nak pergi hiking.


Dah sampai di Gapyeong, kami naik shuttle bus untuk ke ferry wharf. Tiket bas ni berharga KRW6000 seorang dan boleh digunakan dalam masa sehari ke mana-mana tempat yang popular di Gapyeong.

Sampai di ferry wharf, beli Entry Visa dengan harga KRW8000 seorang, ni harga termasuk naik feri dan tiket masuk ke Nami Island.  

   

Naik feri kejap lagi :)

Jumpa keluarga dari Malaysia masa dalam perjalanan.
Puan Liyana dan suami serta adik kembar mereka.

Pulau Nami ni sangat cantik dan popular disebabkan oleh drama korea Winter Sonata. Masa sekolah dulu feeling betul tengok cerita ni. Hehe.





Basikal Bae Yong-Joon dan Choi Ji-Woo :)


Kat sini pun disediakan Prayer Room :)

Layan Encik M lompat-lompat :P

Petite France
Hampir 2 jam di Nami Island. Kami naik ferry semula dan tunggu bas pergi ke Petite France pula. Tak perlu beli tiket bas lagi sebab dalam sehari boleh guna tiket bas yang sama.

Bayaran masuk ke Petite France ni KRW8000 seorang.

 Suhu di Gapyeong sangat sejuk hari tu.

 Petite France ni dibina pada tahun 2008 dan terdapat 16 French-style building.
Dibuka dari jam 9pagi sehingga 6petang.

Petite France ni famous dengan penggambaran drama-drama korea seperti My Love From The Star, Beethoven Virus dan Secret Garden. Kami nak pergi ke sini sebab teringat salah satu scene Running Man (Ep 40). Peminat setia Running Man :P








Hari Ketiga
Subway: Gapyeong
Shuttle Bus :
1. Nami Island
2. Petite France.




Assalamualaikum.








No comments: