Saturday, January 23, 2016

Seoul Part 2.


Hari Ke-2

Hari kedua saya dan encik M hiperaktif sebab hari ni banyak tempat kami nak explore. Bangun pagi sedih sikit sebab salji tak turun punnn ishh, kami sarapan dulu di guesthouse dan wajib bawa energy bar dalam beg as bekalan :P Suhu hari tu 1c. Make sure dalam poket baju ada pelembap bibir. Hari ni kami plan untuk pergi area Hongdae dan Myeongdong.

Trick Eye Museum
Cara nak pergi ke area Hongdae, stop di Hongik Univercity Station. Masa dah sampai ke sini memang blur sebab tak tahu trick eye museum ni kat mana. Kiri kanan banyak kedai.

Bila jalan-jalan di Korea ni tak perlu risau sebab kawasan tumpuan pelancong memang disediakan pondok tourist police ni. Unnie ni siap bagi map yang lengkap area Hongdae ni.

Finally, kami jumpa Trick Eye Museum ni. Entrance door dia sangat kecik sampai kita boleh terlepas pandang if kaum hawa curi-curi pandang kedai2 comel lain di sini.


Bayaran masuk Trick Eye Museum ni 15000 Won seorang. Ada 3 Museum kita boleh masuk. Kami masuk dua je. Memandangkan ni tempat pertama kami pi, memang ambil masa amik gambar semua lukisan 3D. Masuk semula zaman kecik kecik. Encik M layan je.Thanks encik suami.

 


  


Hello Kitty Cafe
Korea memang famous dengan Hello Kitty Cafe ni. Masa kami jumpa tourist police awal pagi tadi, kami dah siap-siap tanya macam mana nak pergi ke Cafe ni. Lengkap semua dalam map yang dia bagi. Sampai je depan building pink ni, senyum je sebab cantik betul landskap yang diorang buat.

Suka Hello Kitty ni sebab comel! Kami order Hot Chocolate (8500 won) dan ambil gambar sebagai kenangan. Kat sini ada jual souvenir juga.




   







Cheongchun Cat Cafe
Tempat ketiga yang kami pergi hari ni Cheongchun Cat Cafe, masih dalam area Hongdae dan terletak di celah-celah bangunan.

   
Naik tingkat dua. Excited sebab nak sangat main dengan munchkin. Tiada bayaran masuk dikenakan tapi kena beli minuman dan makanan. Saya dan encik M order minuman je, total 18000 won.




Masuk je Cat Cafe ni dah rambang mata, tak tahu nak main dengan yang mana. Semua comel-comel belaka. Ada seekor kucing ni suka betul duduk atas riba saya dan encik M, peramah kucing ni. Hihi.



Chubbynyaaaa kucing ni >.<"



N Seoul Tower
Selepas 1 jam bermain dengan kucing, kami bergerak ke N Seoul Tower / Namsan Tower. Namsan Tower ni buka dari jam 10pagi sehingga 11malam. Cara pergi sini naik subway stop di Myeong-dong, keluar je dah boleh nampak tower. Tapi sebelum tu, jalan sikit 10-15minit ke Namsan Cable Car.




Tak larat jalan kaki naik ke Namsan Tower, kami naik cable car. Beli round trip ticket dengan harga KRW8500 seorang.

  
   
 N Seoul  Tower ni merupakan highest point di Seoul dengan ketinggian 236m. Dari atas ni, boleh nampak pemandangan seluruh kawasan di Seoul.

Menikmati pemandangan di N Seoul Tower selama 1 jam lebih. Beli sedikit souvenir then balik ke hotel. Sebelum balik, sempat beli strawberry dengan harga KRW1500, murah dan sedappp. Beli ni sebab kawan dah pesan untuk cuba rasa strawberry korea. Memang sedap (Thanks Kak Aefa!) :)





Hari Kedua
Subway : Hongik University
1. Trick  Eye Museum
2. Hello Kitty Cafe
3. Cheongchun Cafe
Subway : Myeong-dong
4. N Seoul Tower (Line 4, Exit 2)




Assalamualaikum.








No comments: