Saturday, January 23, 2016

Seoul Part 2.


Hari Ke-2

Hari kedua saya dan encik M hiperaktif sebab hari ni banyak tempat kami nak explore. Bangun pagi sedih sikit sebab salji tak turun punnn ishh, kami sarapan dulu di guesthouse dan wajib bawa energy bar dalam beg as bekalan :P Suhu hari tu 1c. Make sure dalam poket baju ada pelembap bibir. Hari ni kami plan untuk pergi area Hongdae dan Myeongdong.

Trick Eye Museum
Cara nak pergi ke area Hongdae, stop di Hongik Univercity Station. Masa dah sampai ke sini memang blur sebab tak tahu trick eye museum ni kat mana. Kiri kanan banyak kedai.

Bila jalan-jalan di Korea ni tak perlu risau sebab kawasan tumpuan pelancong memang disediakan pondok tourist police ni. Unnie ni siap bagi map yang lengkap area Hongdae ni.

Finally, kami jumpa Trick Eye Museum ni. Entrance door dia sangat kecik sampai kita boleh terlepas pandang if kaum hawa curi-curi pandang kedai2 comel lain di sini.


Bayaran masuk Trick Eye Museum ni 15000 Won seorang. Ada 3 Museum kita boleh masuk. Kami masuk dua je. Memandangkan ni tempat pertama kami pi, memang ambil masa amik gambar semua lukisan 3D. Masuk semula zaman kecik kecik. Encik M layan je.Thanks encik suami.

 


  


Hello Kitty Cafe
Korea memang famous dengan Hello Kitty Cafe ni. Masa kami jumpa tourist police awal pagi tadi, kami dah siap-siap tanya macam mana nak pergi ke Cafe ni. Lengkap semua dalam map yang dia bagi. Sampai je depan building pink ni, senyum je sebab cantik betul landskap yang diorang buat.

Suka Hello Kitty ni sebab comel! Kami order Hot Chocolate (8500 won) dan ambil gambar sebagai kenangan. Kat sini ada jual souvenir juga.




   







Cheongchun Cat Cafe
Tempat ketiga yang kami pergi hari ni Cheongchun Cat Cafe, masih dalam area Hongdae dan terletak di celah-celah bangunan.

   
Naik tingkat dua. Excited sebab nak sangat main dengan munchkin. Tiada bayaran masuk dikenakan tapi kena beli minuman dan makanan. Saya dan encik M order minuman je, total 18000 won.




Masuk je Cat Cafe ni dah rambang mata, tak tahu nak main dengan yang mana. Semua comel-comel belaka. Ada seekor kucing ni suka betul duduk atas riba saya dan encik M, peramah kucing ni. Hihi.



Chubbynyaaaa kucing ni >.<"



N Seoul Tower
Selepas 1 jam bermain dengan kucing, kami bergerak ke N Seoul Tower / Namsan Tower. Namsan Tower ni buka dari jam 10pagi sehingga 11malam. Cara pergi sini naik subway stop di Myeong-dong, keluar je dah boleh nampak tower. Tapi sebelum tu, jalan sikit 10-15minit ke Namsan Cable Car.




Tak larat jalan kaki naik ke Namsan Tower, kami naik cable car. Beli round trip ticket dengan harga KRW8500 seorang.

  
   
 N Seoul  Tower ni merupakan highest point di Seoul dengan ketinggian 236m. Dari atas ni, boleh nampak pemandangan seluruh kawasan di Seoul.

Menikmati pemandangan di N Seoul Tower selama 1 jam lebih. Beli sedikit souvenir then balik ke hotel. Sebelum balik, sempat beli strawberry dengan harga KRW1500, murah dan sedappp. Beli ni sebab kawan dah pesan untuk cuba rasa strawberry korea. Memang sedap (Thanks Kak Aefa!) :)





Hari Kedua
Subway : Hongik University
1. Trick  Eye Museum
2. Hello Kitty Cafe
3. Cheongchun Cafe
Subway : Myeong-dong
4. N Seoul Tower (Line 4, Exit 2)




Assalamualaikum.








Saturday, January 09, 2016

Seoul Part 1.


Bercuti di Seoul, South Korea 6-13 Disember 2015


Hari 1

KLIA2 - ICN airport
Saya dan encik M bertolak dari KLIA2 ke ICN pada 6 Disember 2015 dan berada di sana sehingga 13 Disember 2015 (8 hari 7 malam). Senarai keperluan barang yang dibawa boleh (klik sini). Penerbangan kami selama 7 jam, 30 minit pertama hafal sikit bahasa korea yang penting, and cuba faham subway map dia (: jam seterusnya banyak dihabiskan dengan tidur sebab departure pukul 1 pagi, mustahil mata tak tutup :P Masa book tiket flight memang dah siap book seat yang dekat dengan toilet. Leceh kalau jauh :P



Travel declaration form
Selepas 7 jam perjalanan, alhamdulillah kami selamat sampai ke ICN jam 8.20pagi dan suhu pada hari tu -3c. Pemandangan Seoul dari atas sangat menyejukkan mata. Dah sampai di ICN airport, kami naik train untuk pergi ke bahagian imigresen. Then boleh la ambil luggage. Masa dalam flight, pramugari akan sediakan travel declaration form. Isi borang tu siap-siap then bagi semasa pemeriksaan bahagian imigresen.



T-Money
Selepas ambil semua luggage, saya dan encik M pergi ke 7E (di airport) untuk beli T-Money. Harga T-Money ni KRW2500 dan kami topup KRW30000 seorang. T-money ni boleh ditopup dan boleh digunakan di 7E, GS25, bas dll.




 Apa yang penting selepas beli T-money, kami beli bananananana milk. Harga 1 botol comel ni KRW1300 :P



Wifi
Bila dah sampai, rehat kejap then online. Di sini tak perlu risau nak online, always ada wifi, tak kira mana-mana tempat kami pergi. Kami tak sewa handphone or beli simcard sebab bukan keperluan. Jalan-jalan nanti sibuk ambil gambar. Balik ke guesthouse boleh la update sebab guesthouse pun sediakan wifi yang laju sampai tak boleh nak kejar :P


Subway App
Sebelum naik flight, kami dah download subway app. App ni sangat membantu, hanya taip tempat yang kita nak pergi, dia akan beritahu dengan detailnya stesyen mana nak stop, stesyen yang kita perlu tukar, pukul berapa train sampai dan jumlah yang akan ditolak dari T-money yang kita swap nanti.


ICN Aiport - Beewon Guesthouse
Subway : Jongo3-ga station (Line 4, Exit 7)

Perjalanan dari ICN ke Beewon guesthouse ambil masa 1 jam 19 minit. Fare cuma KRW4250 seorang.


en.suami happy sebab dah sampai :p

After keluar through Exit 7, jalan straight je jalan sampai jumpa 7E (5minit) then across the road, Beewon guesthouse located di belakang 7E tu je. Kami dah booked dua bulan (melalui website guesthouse) sebelum perjalanan untuk double bed room dan bayar KRW307944 untuk penginapan 8 hari 7 malam. Sangat murah (:

Beewon guesthouse ni banyak sediakan kemudahan, pantry untuk memasak, bilik untuk online, tv, wifi, iron, peti sejuk dalam bilik, yang penting heater waijb ada bagi negara yang bermusim. Di guesthouse ni tak disediakan kemudahan washing machine, tapi ada seorang staf yang akan bantu cuci&jemur pakaian, tak dikenakan caj langsung. Kamsahamnida (:


Chandeokgung Palace
Sebelum ke Bukchon Hanok Village, kami lalu kawasan Chandeokgung Palace. Tapi tak masuk pun memandangkan masa tutup dia dah hampir.

Kami singgah di pondok masuk Palace tu dan tanya di kaunter macam mana cara pergi ke Bukchon Hanok Village.


Bukchon Hanok Village
Selepas check in dan berehat sekejap, kami bersiap pergi ke Bukchon Hanok Village. Cuma 1 station je dari tempat kami. Bila check distance, sangat la dekat :P So, kami decide untuk berjalan kaki. Jarak Bukchon Hanok Village dari guesthouse cuma 15minit berjalan kaki.




Gambar-gambar yang cantik dalam blog ni semuanya hasil titik peluh en.suami, kamsahamnida (:

Nak pergi ke Bukchon Hanok Village ni perlu fizikal yang kuat sebab terletak di atas bukit. Ramai pelancong walaupun sudah petang. Bukchon Hanok Village ni kira rumah kampung yang terletak di dalam bandar. Sangat cantik dan ciri-ciri tradisional masih dikekalkan.

Kalau nak cuba pakai tradisional Korea iaitu Hanbok, boleh cuba di sini. Kawan saya dah remind awal, kalau nak sewa hanbok, lebih baik sewa area Bukchon Hanok Village ni berbanding di Palace (Thanks Kak Aefa). Jalan-jalan tiba-tiba jumpa satu tempat yang sewa kan Hanbok ni dengan bayaran KRW10000 untuk 30minit. Dia siap pakaikan dan kita boleh pilih warna yang kita nak (:

Saya bersama adik-adik kecil yang belajar di tempat ni.





Cantik sangat pemandangan dari Bukchon Hanok Village ni (:


Samcheongdong street
Selepas jalan-jalan di Bukchon Hanok Village, kami pergi ke Samcheongdong street, sini banyak kedai coffee dan kedai yang kraftangan yang comel-comel.


Insadong
Selepas ke Samcheondong, kami jalan-jalan lagi area Insadong. Di Insadong ni, banyak jual menjual kraftangan tradisional dan harga pun berpatutan. Rambang mata. Nak beli souvenir boleh beli di sini juga (:


Saya suka building dalam gambar di atas ni, nampak senget-senget kan? memang setiap floor dia dibina senget-senget. Unik. Kami tak beli apa-apa pun untuk hari ni sebab nak servay souvenir di tempat lain pula.

Aktiviti hari ni semuanya jalan kaki je sebab dekat dengan area guesthouse. Selepas Maghrib kami balik ke Guesthouse. Rehat, sebab esok nak jalan-jalan lagi.

Hari pertama
Subway : Anguk station
1. Chandeokgung Palace (Line 3, Exit 3)
2. Bukchon Hanok Villagge (Line 3, Exit 2)
3. Samcheongdong street (Line 3, Exit 1)
4. Insadong (Line 3, Exit 6)



Assalamualaikum.