Sunday, July 19, 2015

Rindu.


Rindu.



Semasa belajar masih ada peluang dan rezeki untuk sentiasa berjumpa dan berhubung dengan kedua ibu dan ayah walaupun selepas berkahwin. Tetapi sekarang terasa rindu yang amat, mungkin sebab faktor tempat kerja yang jauh sekarang ni membataskan sedikit untuk berjumpa kedua-duanya. Setiap hari ibu akan hantar mesej, kadang-kadang kami akan bersembang waktu pagi dan sebelah malam. Topik yang sama, tiada istilah wujudnya zarah-zarah kecil untuk merasa jemu.




Sayang, rindu,
kedua-duanya.




:(

Saturday, July 11, 2015

Movie-maniac.



Selepas berkahwin,
salah satu hobi encik suami saya ialah __________.






Ini koleksi tahun lepas, dan sekarang, purse saya tebal dengan kepingan-kepingan putih (seperti di dalam gambar di atas). Dulu masa kecil kita buat album setem, rasanya sekarang saya nak buat album tiket wayang. :P


Hee


:)

Thursday, July 09, 2015

30%



Buku, hmm..banyak tapi tak semua habis baca.
Baca setengah2, tiga perempat sebab ada kerja lain.
Alasan mungkin, moga-moga diri ini menjadi ulat buku lagi.

Ni hanya 30% koleksi, sebab sekarang makin bertambah sampai 3 rak.

Pergi kedai buku,
pegang satu buku ni..
encik suami cakap "eh..buku kat rumah belum habis baca lagi kan? "

*tak jadi nak beli buku baru*

:(




gambar senget kan. sebab saya merajuk.

:P

Tuesday, July 07, 2015

Pai Epal.



Yang pasti, saya tetap peminat no.1 pai epal ibu.



Nah, ini pai epal hasil dari air tangan ibu saya yang penuh dengan kasih sayang.


:)



Wednesday, July 01, 2015

Assalamualaikum

Alhamdulillah,



Selepas ni memori-memori indah akan disimpan dalam blog.
Selepas setahun berkahwin, zauj tanya kenapa tak update blog?



Hm.. Hm.. (nak jawab apa ni..)
Hee. Nah, blog untuk bacaan awak.



Dah boleh "tulis-tulis" lagi.



*senyum*